Anak kunci stabilkan jiwa

Share it Please
Bukan senang hendak menjadikan jiwa stabil
Yang tidak tergugat oleh sebarang keadaan yang silih berganti di dalam kehidupan
Bukan senang hendak menjadikan jiwa istiqamah selalu
Walau bagaimana keadaannya sekalipun dia tetap dengan Tuhannya
Bukan senang hendak menjaga hati jangan sampai terpesong perasaannya
Sedangkan keadaan hidup yang sentiasa berubah selalu sahaja mencabarnya
Ramai orang yang tidak dapat menstabilkan jiwanya
Walaupun dia orang besar, ada kuasa, berilmu dan kaya
Buktinya jiwa itu adakalanya tenang, adakalanya gelisah
Adakalanya sabar, adakalanya tidak sabar bahkan tidak sabar lebih kerap berlaku
Adakalanya gembira, adakalanya dukacita
Adakalanya terlonta-lonta hilang pertimbangan, adakalanya derita juga hilang pertimbangan
Adakalanya rasa benci, adakalanya rasa suka
Adakalanya rasa simpati, adakalanya datang dendam
Belum lagi perasaan hati itu ditimpa oleh riyak, ego, megah
Apabila jiwa tidak stabil, kesan sampingan atau kesan lahirnya sentiasa berubah sikapnya
Ia boleh merosakkan diri dan juga merosakkan orang
Ia boleh membunuh diri dan boleh membunuh orang lain
Rosaknya akhlak, berlakunya jenayah dan perkara-perkara lain yang negatif
Ia adalah disebabkan jiwa sentiasa tidak stabil
Kalau rasa tidak stabil itu ringan sahaja boleh dibendung lagi
Jika rasa tidak stabil itu sudah mendalam dan berakar umbi di dalam jiwa
Dia akan jadi manusia perosak dan merosakkan diri
Stabilkanlah jiwa selalu
Dengan menanamkan rasa bertuhan yang mendalam di dalam jiwa
Inilah anak kunci agar jiwa menjadi stabil

No comments:

Post a Comment