Tuhan,kasihanilah hambaMu yg telah menyesal ini

Aku mengadu kepada-Mu ya Allah ya Tuhanku

Dosa-dosaku menggunung besarnya

Kesalahan-kesalahanku sepenuh pasir Sahara banyaknya

Aku menyesal wahai Tuhan, keterlanjuran itu

Aku sedih dan derita dengan dosa-dosaku

Aku pohon dengan rahmat-Mu ampunkanlah aku

Tuhan janganlah biarkan aku tidak berampun

Dengan rahmat-Mu apalah salahnya ampunkanlah aku

Kalau Engkau ampunkan aku, kebesaran Engkau tidak terjejas

Jika Engkau tidak ampunkan aku, aku kan hamba-Mu

Kasihanilah hamba-Mu ini yang telah menyesal

Aku berjanji tidak akan aku ulangi lagi

Tuhan dengarlah rintihanku ini

Tuhan terimalah penyesalan aku ini

Tuhan kabulkanlah permintaanku

Janganlah Engkau kecewakan permohonanku ini

Aku tidak jemu-jemu mengulangi permohonanku

Aku tidak akan putus asa di dalam soal ini

Aku yakin dengan rahmat-Mu yang luas itu

Dosa-dosaku Engkau akan ampunkan juga akhirnya
[Continue reading...]

MANUSIA MEMBURU DAN DIBURU

Manusia itu di samping memburu dia kena buru
Begitulah setiap hari berlaku
Tapi ramai yang tidak tahu
Ada yang memburu nama dan glamor dia diburu oleh bencana
Ada yang memburu harta, dia diburu oleh malaikatul maut
Ada yang memburu jawatan dia diburu oleh kematian
Ada yang memburu pangkat dia diburu oleh manusia yang hasad
Ada yang memburu maksiat dia diburu oleh nahas
Dan berbagai-bagai lagi manusia memburu dia diburu
oleh macam-macam yang menakutkan
Apa yang diburu tidak ramai yang dapat
Tapi dia diburu dapat
Dapat bencana, dapat kematian, dapat kemalangan, dapat hasad dengki orang
Ada yang memburu Tuhan, Tuhan penjaganya
Kalau dia kena buru pun tidak mengapa
Kerana yang memburu dan diburu tidak kekal
Tuhan kekal abadi, siapa memburu Tuhan tidak akan kecewa
Sedikit sekali yang memburu Tuhan
Ramai orang yang memburu dunia
Memburu harta, nama, glamor, jawatan dan kuasa
Semuanya itu tidak kekal lama
Ada yang hanya dapat susah sahaja memburunya
Namun tidak dapat juga
Habis masa, habis umur, selepas itu mati pula tidak dapat apa-apa
Selepas mati Tuhan tanya
Ramai orang tidak dapat menjawabnya
Nerakalah padahnya, kerana di dunia memburu yang fana’ Tuhan dilupa
Menempuh hidup yang sia-sia
Hidup yang waktunya sementara tidak berlama-lama
Mengabaikan hidup yang berlama-lama iaitu di Akhirat sana
Tapi penyesalan tidak berguna
Terimalah Neraka yang memang layak tempatnya
[Continue reading...]

Nasyid Aku Ingin kembali padaMu

[Continue reading...]

Silap Menilai Gejala Masyarakat

Sungguh sedih di kalangan umat Islam
Menilai gejala masyarakat tidak sama
Menganggap maksiat tidak sepakat
Menilai kemungkaran tidak sama
Gejala maksiat, kemungkaran dinilai secara akal bukan mengikut Tuhan dan wahyu
Mana yang merugikan negara dan bangsa itu dianggap kemungkaran dan maksiat
Kalau tidak merugikan bangsa dan negara tidak dianggap kemungkaran dan maksiat
Sebab itu gejala maksiat dan kemungkaran yang bising-bisingkan itu adalah dadah, vandalism, rompak, rokok, budaya lepak, rasuah, buli, rogol
Tapi tidak sembahyang, dedah aurat, bergaul bebas, sombong, mementingkan diri, tamak haloba, lebih-lebih tidak takutkan dan cintakan Tuhan tidak dianggap maksiat dan gejala
Padahal gejala yang disebutkan tadi berpunca daripada tidak takut
dan tidak cintakan Tuhan
Sebab itu menangani gejala bertambah gejala dan bahaya kerana Tuhan tidak ikut serta
Tuhan membiarkan kita kerana gejala itu kita pilih-pilih saja
Yang tidak merugikan negara kita anggap bukan gejala dan maksiat
Maka Tuhan murka
Bertambah lagi bala
Sebelum di Akhirat sana
Padahal gejala maksiat, kemungkaran adalah nilaian Tuhan bukan nilaian manusia
Itulah bila otak menjadi tuhan bukan Allah menjadi Tuhan
Tuhan turunkan bala merata-rata
Gejala itu balalah namanya
Kerana telah mentuhankan otak bukan Allah sebagai Tuhan
Kerana hakikatnya kita umat Islam tidak sedari bersama
Maka Tuhan pun akan murka
Hingga dunia jadi neraka sebelum Neraka di Akhirat sana

 
[Continue reading...]

Bila Akhirat dilupakan

Kebanyakan manusia sibuk mengisi keperluan dunia yang sementara
Melupakan Akhirat buat hidup yang selama-lamanya
Terkejar di sini terkejar di sana ………
Habis masa untuk dunianya
Mereka lupa mengisi untuk keperluan Akhiratnya
Padahal Akhirat destinasi tempat mereka tuju
Di sana manusia hidup buat selama-lamanya
Lalai buat persiapan di dunia bukan sahaja papa kedana di sana
Bahkan di Akhirat kena azab, penderitaannya amat dahsyatnya
Manusia tertipu hidup di dunia yang sementara
Kalau senang pun hanya sementara sahaja
Kalau susah pun hanya sementara tidak lama
Di Akhirat sana semuanya berlama-lama
Ramai manusia selepas mati menyesal tidak berkesudahannya
Tapi tidak memberi erti apa-apa
Penyesalan yang tidak berguna
Di dunia ini penyesalan boleh ditampung dengan kebaikan
Di Akhirat tidak ada usaha membetulkannya
Terimalah padahnya di sana, diazab berlama-lama
Kalau hendak menyesal di dunia
Boleh dibetulkan kesilapan kita
Penyesalan dunia itu pun sudah dianggap kebaikan
Penyesalan di dunia sudah menyukakan Tuhan kita
[Continue reading...]