Erti Merdeka

Erti kemerdekaan, hati dan fikiran bebas
Daripada terikat dengan dunia dan kebendaan
Lebih-lebih lagi bebas daripada sebarang ideologi
Hati dan fikiran semata-mata dengan Tuhan
Inilah dia kemerdekaan yang hakiki dan sejati
Merdeka dari Tuhan adalah merdeka yang palsu dan menipu
Pautan hati dengan Tuhan terasa luas, manusia puas
Pautan hati dengan dunia, ingin buat apa sahaja
Terasa terbatas walaupun ingin bebas
Tidak bebas dengan Tuhan itulah kebebasan
Ingin bebas dari Tuhan inilah keterbatasan
Jiwa sentiasa tidak puas
Kerana dunia memang terbatas
Manusia ingin merdeka dan bebas, padahal kuasa sangat terbatas
Walaupun dengan Tuhan tidak bebas, kuasa Tuhan tidak terbatas
Lahirnya tidak bebas tapi jiwanya bebas dan puas
Merdeka dengan Tuhan nampaknya bebas, tapi terbatas jiwa tidak puas
Ertinya orang yang berfahaman sekular tersekat di dalam kemerdekaan
Orang yang berfaham Islam merdeka di dalam sekatan
Kemerdekaan orang sekular
Adalah kemerdekaan yang tertipu dan palsu
Mereka masih terbelenggu, kerana itulah jiwa mereka selalu gelisah
Bahkan ada yang kecewa
Orang mukmin nampaknya terbelenggu
Tapi jiwanya merdeka, puas dan bahagia
Merdeka dari dunia dan manusia
Itulah hakikat kemerdekaan
Merdeka dari Tuhan itulah hakikatnya tidak ada kebebasan
Orang mukmin mempunyai kemerdekaan yang sejati
Orang sekular adalah golongan yang terjajah yang hakiki
[Continue reading...]