Alangkah Susahnya Menjaga Perjalanan Hati

 

Sungguh susah menjaga perjalanan hati atau roh

Susah dikesan, apatah lagi amat susah dikontrol atau dikendalikan

Kecuali ashabul qulub atau ulil albab

Adakalanya di waktu kita menceritakan penyakit hati kepada pendengar,

di waktu itulah suburnya penyakit itu

Sebagai contoh di ketika seseorang menceritakan tentang ikhlas, di waktu itulah tidak ikhlas kerana hatinya berkata di waktu itu agar orang anggap dia ikhlas

Ketika dia menceritakan jangan riyak, jangan �ujub, ia adalah dosa batin

di waktu itulah riyak dan �ujub

Seterusnya selalu kita berkata jangan cintakan dunia, di waktu bercakap itulah

dia cinta dunia, kerana dia mengharapkan pujian di waktu itu

Memang ramai orang amat sulit sekali mengesan penyakit hati

Kadang-kadang para ulamak, abid-abid ramai yang diserang penyakit batin ini

Ulamak tertipu oleh kerana dilindungi oleh ilmunya

Ahli-ahli ibadah ditutup oleh banyak ibadah hingga penyakit batin tidak terasa lagi

Aduh sungguh susah sekali hendak mengesan penyakit hati atau penyakit batin ini

Tidak ada orang yang tidak diserangnya sekalipun para pejuang

Kecuali siapa yang Tuhan selamatkan, maka selamatlah dia

Tuhan kami berlindung dengan Engkau daripada penyakit-penyakit rohaniah

Fahamkanlah kami perjalanan hati atau roh itu

Lihatkanlah kepada kami baik buruknya

Diajarkan kami bagaimana menyuburkan yang baiknya

dan ajarkan kami bagaimana membuang yang buruknya

Tolonglah kami Tuhan, kerana hati itulah yang menjadi pandangan Engkau

atau penilaian Engkau

Jadikanlah kami ashabul qulub atau ulil albab


[Continue reading...]

Erti Merdeka

Erti kemerdekaan, hati dan fikiran bebas
Daripada terikat dengan dunia dan kebendaan
Lebih-lebih lagi bebas daripada sebarang ideologi
Hati dan fikiran semata-mata dengan Tuhan
Inilah dia kemerdekaan yang hakiki dan sejati
Merdeka dari Tuhan adalah merdeka yang palsu dan menipu
Pautan hati dengan Tuhan terasa luas, manusia puas
Pautan hati dengan dunia, ingin buat apa sahaja
Terasa terbatas walaupun ingin bebas
Tidak bebas dengan Tuhan itulah kebebasan
Ingin bebas dari Tuhan inilah keterbatasan
Jiwa sentiasa tidak puas
Kerana dunia memang terbatas
Manusia ingin merdeka dan bebas, padahal kuasa sangat terbatas
Walaupun dengan Tuhan tidak bebas, kuasa Tuhan tidak terbatas
Lahirnya tidak bebas tapi jiwanya bebas dan puas
Merdeka dengan Tuhan nampaknya bebas, tapi terbatas jiwa tidak puas
Ertinya orang yang berfahaman sekular tersekat di dalam kemerdekaan
Orang yang berfaham Islam merdeka di dalam sekatan
Kemerdekaan orang sekular
Adalah kemerdekaan yang tertipu dan palsu
Mereka masih terbelenggu, kerana itulah jiwa mereka selalu gelisah
Bahkan ada yang kecewa
Orang mukmin nampaknya terbelenggu
Tapi jiwanya merdeka, puas dan bahagia
Merdeka dari dunia dan manusia
Itulah hakikat kemerdekaan
Merdeka dari Tuhan itulah hakikatnya tidak ada kebebasan
Orang mukmin mempunyai kemerdekaan yang sejati
Orang sekular adalah golongan yang terjajah yang hakiki
[Continue reading...]

Kita pejuang atau perosak agama?

Kita hendak berjuang?
Bagus kalau itulah yang kita mahu
Berjuang sasarannya adalah manusia
Kita mesti kenal manusia sebelum kita mengenal diri kita sendiri

Sudahkah kita mengenal diri kita sendiri?
Sejauh mana kita kenal perjalanan fikiran kita sendiri ?
Apakah fikiran kita sudah Islam?
Sudahkah kita kenal nafsu kita?
Fahamkah kita kehendak kehendak nafsu kita?
Ke mana dia hendak membawa kita?

Apakah kehendak Islam dengan kehendak nafsu kita selari?
Lebih lebih lagi sudahkah kita faham jiwa kita?
Jiwa ada perasaannya
Perasaannya ada yang positif dan ada yang negatif
Yang positif hendak di lepaskan
Yang negatif hendak di tahan

Melepaskan yang positif dan menahan yang negatif
Adalah satu perjuangan
Ia lebih besar daripada perjuangan yang lahir ini
Bahkan yang lahir ini ditentukan oleh yang batin,
ia itu jiwa

Kalau kita berjuang tidak faham ini semua
Ertinya kita laksana masuk hutan belantara yang tidak mempunyai pedoman
Tidak ada kompas, tidak kenal kedudukan hutan
Jangan jangan kita akan tersesat nanti
Marabahaya hutan akan membinasakan kita
Bahkan harimau pun boleh membaham kita

Kawan, perkataan berjuang mudah di sebut
Tapi tidak mudah difahami
Berjuang mudah diperkatakan
Tapi tidak mudah dikotakan

Ia memerlukan ilmu yang cukup
Tidak sekadar semangat yang cukup
Ia memerlukan pemimpin yang tepat
Yang boleh memimpin dan di taati

Kalau belum sampai taraf ini
Tidak berjuang lebih selamat daripada berjuang

Kalau kita berjuang juga
Ingatlah kerosakan yang akan kita lakukan
lebih banyak, tanpa di sedari
Sekali pun niat kita suci.


[Continue reading...]

Akuilah Diri Kita Adalah Hamba Allah

Orang yang  tidak merasa dirinya hamba dianggap sombong
Betapalah kalau dia menyombong lagi-lagilah dia sombong
Mengaku hamba dengan merasa hamba tidak sama
Mengaku hamba atas dasar ilmu, merasa hamba itu adalah perasaan
Orang yang tidak merasa hamba dia mengganggap tuan
Kalau dibiarkan berlama-lama akhirnya berlagak Tuhan
Walaupun dia tidak mengata dirinya Tuhan
Tapi mengaku segala-galanya adalah kemampuan diri itulah berlagak Tuhan
Apalah engkau hendak sombong bila lapar sudah tidak tahan
Belum lagi sakit, wah hilang kebahagiaan
Jika orang mengata aduh hati sakit
Jiwa gelisah, marah-marah hilang pertimbangan
Apabila buat kerja lebih badan sudah letih
Apakah ditimpa letih bukan hamba yang lemah
Lepas makan pergi ke jamban
Tidak terasa hinakah ke tempat yang menjijikkan
Kalau kita hamba mengakulah hina, lemah
Itulah realitinya, jangan mengaku gagah
Tawadhuklah kepada Tuhan yang Maha Kuasa
Merendah dirilah kepada manusia, kita hamba

[Continue reading...]

Duit Telah Dijadikan Tuhan

Duit telah menjadi tuhan buatan
Tuhan palsu yang sangat merosakkan insan
Bukan sahaja pekerjaan dunia memerlukan duit, pekerjaan Akhirat pun duit diperlukan
Sudah banyak pekerjaan Akhirat tempat cari makan
Gelanggang ibadah sudah menjadi gelanggang mengambil upah
Mengajar muqaddam dan Al Quran telah jadi gelanggang mencari makan dan wang
Sebelum pengajian dimulakan berlaku tawar-menawar lebih dahulu
untuk menetapkan berapa bayaran
Berdakwah dan membuat syarahan, pendakwah tidak akan memberi syarahan
kalau tanpa bayaran yang ditetapkan
Mengaji agama atau kelas agama juga dikena bayaran setiap orang yang mengikut pengajiannya
Tidak akan ada yang mahu mengajar tanpa dibayar upah zaman sekarang
Sekalipun orang itu sudah ada gaji yang lumayan atau banyak wang
Begitulah hidup di akhir zaman duit menjadi utama bukan Tuhan
Tidak seperti di zaman saya masih kanak-kanak mengaji muqaddam
dan Al Quran tidak dikenakan bayaran
Bahkan mengaji kitab di rumah tuk guru untuk menambah ilmu tidak pernah ada bayaran
Bahkan adakalanya atau mak guru kami yang mengaji diberi makan
Kami yang mengaji guru kami buat kami macam anak kandungnya
Dirotan, dia beri makan, dia nak marah, dia bagi kasih sayang macam emak kandung
Depan orang tua kita dia hendak marah, dia rotan, dia hendak suruh
atau hendak buat arahan
Orang tua kita rasa bangga pula melihat pak guru atau mak guru merotan
Kerana itulah saya dengan guru sampai sekarang di dalam ingatan,
payah hendak melupakan
Begitulah guru saya dahulu gelanggang Akhirat dia tidak jadikan tempat cari makan, bahkan dia beri makan
Sungguh jauh keikhlasan guru dahulu dengan guru sekarang
setelah duit menjadi Tuhan buatan

Create your own banner at mybannermaker.com!
[Continue reading...]

JasaMu Tuhan

Tuhan! Ibu bapakulah yang menyebabkan aku lahir ke dunia
Engkaulah yang mentakdirkan dan mengkehendaki kelahiranku
Engkau adalah Maha Berjasa pada ibu bapaku dan aku
Lahirnya ibu bapaku juga ada jasanya padaku dengan kehendak-Mu
Tentulah ibu bapaku bersusah payah membesarkanku
Mengurus, menjaga dan memberikanku makan dan minum padaku
Hakikatnya Engkaulah yang sebenarnya mengurusku dan menjagaku
Engkau gunakan ibu dan bapaku  menggantimu mengurusku
Terima kasih Tuhan Engkau hidupkan aku
Terima kasih bapa dan ibu kerana menjagaku dengan izin Tuhanku
Ampunkanlah dosa ibu bapaku wahai Tuhanku
Berilah mereka pahala, maafkannya dan rahmatilah mereka
Tuhan setiap kebaikanku berilah pahalanya kepada ibu bapaku
Kerana jasa mereka yang banyak terhadap diriku
Diberinya aku makan, pakaian dan ilmu serta mengenal-Mu
Ini adalah juga rahmat dan nikmat yang besar dari-Mu
Terima kasih Tuhan Engkau jadikan ibu bapaku bertanggungjawab terhadapku
Kalau tidak begitu sungguh malanglah hidupku
Terima kasih Tuhan, terima kasih wahai ibu bapaku
Cucurilah rahmat dan ampunkanlah dosa-dosa ibu bapaku
[Continue reading...]

Hati Mukmin

glitter graphics maker

HATI atau roh adalah hakikat kejadian manusia, karena itu ia diberi keupayaan untuk merasa senang dan susah. Ia sangat sensitif terhadap apa yang terjadi, yang didengar, dilihat dan dirasa. Dari sanalah ia menentukan sikap manusia baik positif atau negatif. Memang hakikat penciptaan hati oleh Allah SWT adalah suatu yang maha ajaib. Kecepatan perjalanan hati tidak terhitung dan ruang gerakannya tiada halangan dan tanpa batasan. Hati atau roh tidak mati sewaktu jasad lahir manusia mati. Hati berpindah ke Alam Barzakh dan seterusnya ke akhirat. Bagi orang mukmin yang suci murni hatinya, dia dapat melihat Allah di Syurga kelak.
Itulah dia hati manusia. Ia juga disebut roh. Tempatnya di dalam hati jasmani. Hati rohaniah ini ibarat burung yang bersangkar di dalam hati jasmaniah. Hati manusia berbeda dengan hati hewan, karena hati manusia bisa menerima perintah dan larangan; ia disebut ruhul amri. Sementara hati hewan tidak bersifat demikian; ia disebut ruhul hayah. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
Terjemahannya: Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada sepotong daging. Jika baik daging itu, baiklah manusia. Jika jahat daging itu, jahatlah manusia. Ketahuilah, itulah hati.
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Hati bisa baik dan bisa juga jahat. Rasa senang apabila ia dipuji. Rasa menderita apabila dikeji. Rasa riyak dan megah apabila mendapat kelebihan dan keberhasian. Rasa ujub (heran akan diri) apabila mempunyai kemampuan. Rasa inferiority complex apabila mempunyai kekurangan. Rasa sombong dan angkuh apabila berkuasa atau ada ilmu, kekayaan dan kekuatan. Rasa marah apabila dihujat dan dihina. Rasa tidak senang (hasad) apabila melihat orang lain lebih. Rasa dendam apabila orang menganiayainya. Simpati dengan orang susah. Rasa keluh-kesah apabila dapat susah. Rasa berhutang budi dan terima kasih pada orang yang menolong. Rasa takut apabila berhadapan dengan perkara yang menakutkan. Rasa jijik apabila berhadapan dengan benda kotor.
Begitulah riak-riak hati yang berpindah-pindah kepada berbagai rasa dengan sendirinya, apabila dirangsang oleh faktor-faktor luar. Ada rasa yang jahat dan ada yang baik. Perasaan itu kemudian akan mempengaruhi sikap lahir manusia. Kalau rasa itu baik, baiklah tindakan manusia. Dan kalau rasa itu jahat maka jahatlah tindakan lahir manusia.
Dengan keahlian dan kuasa yang penting, hati seolah-olah raja yang bertakhta dalam diri manusia. Dialah yang menentukan baik buruknya manusia. Akal adalah penasihatnya. Anggota-anggota lahir adalah rakyat jelatanya yang taat pada perintahnya. Nafsu dan syaitan adalah musuhnya. Demikian struktur kerja yang berlaku dalam diri manusia. Kita mesti memahami dan memberi perhatian penting pada persoalan ini, karena baik jahatnya kita, bergantung pada hati serta pengurusan kita dalam hal ini. Siapa mengabaikan urusan hati, artinya membiarkan dirinya berjalan dalam gelap. Nasibnya belum tentu selamat dunia dan akhirat.
Hati bisa dididik. Lihat apa kata Allah tentang hati.
1.
Terjemahannya : Beruntunglah orang yang membersihkan hatinya dan rugilah siapa yang mengotorinya.
(Asy Syams: 91)
2.
Terjemahannya: Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan diri (dengan beriman). Dan di ingat nama Tuhannya lalu dia sembahyang.
(Al A'la. 14-15)
3.
Terjemahannya: Pada hari itu, tidak berguna lagi harta dan anak-anak. Kecuali mereka yang pergi menghadap Allah membawa hati yang selamat.
(Asy Syuara: 88 89)
Allah memerintahkan kita agar mendidik hati hingga hati kita menjadi hati yang selamat. Yakni hati yang bersih dari sifat-sifat yang jahat (mazmumah). Cara-cara pendidikan hati terdapat dalam ilmu tasawuf. Judul ini tidak bermaksud untuk menerangkan tentang cara mendidik hati. Ia bermaksud untuk menceritakan wajah hati yang sudah dididik, yang sudah bersih dan selamat. Yakni hati yang ada pada para muknin.
Antara sifat-sifat hati mukmin ialah:
1. Sensitif dengan Tuhan. Hatinya akan gerun dan gentar apabila teringat Tuhan. Terasa betapa besarnya kekuasaan Allah, yang dapat berbuat apa saja terhadap dirinya. Betapa lemahnya dia karena tiada upaya menolak apapun takdir Allah. Ini berdasarkan firman Allah:
Terjemahannya: Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang (berkuasa) di langit bahwa Dia akan menjungkir balikkan bumi bersama kamu sehingga dengan tiba-tiba bumi itu bergoncang?
(Al Mulk: 16)

Terjemahannya : Atau apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang (berkuasa) di langit bahwa Dia akan mengirimkan badai yang berbatu. Maka kelak kamu akan mengetahui bagaimana (akibat mendustakan) peringatan-Ku?
(Al Mulk: 17)
Terjemahannya: Katakanlah, "Terangkanlah kepada-Ku jika sumber air kamu menjadi kering maka siapakah yang akan mendatangkan air yang mengalir di bumi,"
(Al Mulk: 30)
Dengan menghayati persoalan-persoalan ini, hati mukmin menjadi takut dan gentar apabila mengingati Allah. ini juga difirmankan Allah:
Terjemahannya: Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut Allah, gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka (karenanya) dan kepada Tuhanlah mereka bertawakal,
(Al Anfal: 2)
2. Orang mukmin apabila dapat nikmat, kejayaan dan kelapangan hidup, hatinya terasa syukur pada Allah, karena dirasakannya semua itu adalah pemberian Allah, bukan hasil usahanya. Hatinya rasa berhutang budi dan malu dengan Allah, sebab Allah menghadiahkannya nikmat itu, walaupun dirinya banyak dosa dengan Allah dan tidak memberi apa-apa bakti kepada Allah. Bimbang sekali hatinya kalau-kalau nikmat itu disalah gunakannya. Kalau-kalau tidak dapat diterima sebagaimana yang Allah perintahkan. Alhasil, dengan hati yang begitu orang itu akan menambahkan amal baktinya kepada Allah SWT. Itu tanda syukur dan untuk membalas kurniaan Allah.
Firman Allah:
Terjemahannya: Jika kamu bersyukur atas nikmat-Ku, akan Kutambah nikmat itu.
(Ibrahim. 7)
3. jika terbuat dosa, sekalipun dosa kecil, apalagi kalau dosa besar. hati mukmin gelisah, takut dan hilang ketenangan. Rasa menyesalnya bukan kepalang. Sebab dia rasa bersalah dengan Allah. Apa kata Allah dan apa hukuman yang Allah akan beri? Itu yang ditakuti. Bersungguh-sungguhlah ia meminta ampun. Hatinya menangis hingga kadang-kadang matanya turut menangis. Sedaya upaya dia mau dosanya diampuni, sebab dia tahu, dosa yang tidak diampuni di dunia, Nerakalah akibatnya.
4. Hati mukmin sentiasa hudhur dengan Allah yakni merasa senantiasa diawasi oleh Allah. Allah melihat dirinya, mendengar padanya dan mengetahui segala isi hatinya. Artinya dia benar-benar berada dalam perhatian dan kekuasaan Allah yang Maha Besar. Firman Allah
Terjemahannya: Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah. Apakah manusia itu menyangka bahwa sekali-kali tiada seorang pun berkuasa atasnya? Dia mengatakan, "Aku telah menghabiskan harta yang banyak. "Apakah dia menyangka bahwa tiada seorang pun melihatnya?
(Al Balad: 4-7)
Karena itu, orang mukmin sangat menjaga hukum atau perintah Allah. Takut untuk melanggar kata Allah, yakni takut dimurkai oleh Allah. Oleh karena sangat menjaga perintah Allah, maka walau berhadapan dengan keinginan hawa nafsu yang memuncak, namun kalau perkara itu dilarang oleh Allah maka ia akan menghindarinya. Allah berfirman :
Artinya : Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya ia menahan diri daripada keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya Syurgalah tempat tinggalnya.
(An Naazi'at: 40-41)
Firman Allah lagi:

Artiya : Apabila mereka berjalan di tempat yang melalaikan, mereka berjalan dengan cara terhormat.
(Al Furqan: 72)
5. Hati mukmin sangat tawaduk dan khuduk pada Allah. Yakni sangat merendah diri pada Allah. Karena dia sadar dirinya ialah ciptaan Allah. Asalnya hanya dari setetes air mani yang hina. Terlalu lemah tiada kuasa apa-apa kalau bukan dengan kehendak Allah. Setiap detik ia memerlukan bantuan Allah untuk meneruskan hidupnya. Firman Allah:

Artinya: Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), karena itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.
(Al Insaan: 2)
Sebab itu hati mukmin sangat membesarkan Allah, dalam setiap tindak-tanduknya. Tidaklah ia menyombongkan diri, walau dengan sesama manusia. Ia berjalan di bumi dengan rendah hati dan tenang. Firman Allah:

Terjemahannya: Hamba Allah (Ar Rahman) itu ialah mereka yang berjalan di muka bumi dengan tenang.
(Al Furqan: 63)
6. Kalau diuji oleh Allah, hati mukmin sabar dan redha. Bahkan tenang dengan ujian. Dia bersangka baik dengan Allah bahwa ujian adalah untuk penghapusan dosa atau peningkatan derajat oleh Allah. Tidaklah orang mukmin itu mengeluh dan mengadu-ngadu serta marah-marah terhadap ujian yang datang sama ada difitnah, dihujat, disakiti, ditimpa bencana alam atau apapun juga Ia sadar itu semua dari Allah, dan Allah bermaksud baik dengan ujian itu. Maka ia hanya mengadu dan mengharap pada Allah saja. Firman Allah:

Artinya: Apakah manusia mengira ia akan dibiarkan saja mengatakan kami telah beriman sedang mereka belum diuji?
(Al Ankabut: 2)
Dengan itu hati mukmin apabila diuji bertambah imannya.
7. Hati mukmin senantiasa terkenang-kenang Allah. Maklumlah setiap detik rasanya menerima nikmat dari Allah; ilmu, harta, anak isteri, udara, air, makanan, bumi, langit, matahari dan segala-galanya. Ia lemas dengan nikmat yang tidak terhitung. Cinta dan rindunya tertumpah pada zat yang Maha Baik lagi Maha Mulia itu. Allah menceritakan tentang hati mukmin:
Artinya: yaitu mereka yang senantiasa mengingati Allah sewaktu berdiri, duduk dan berbaring.
(Ali Imran: 191)
Itulah di antara cirl-ciri hati mukmin. Dan itulah dia yang mencetuskan akhlak-akhlak yang baik dengan Allah dan dengan sesama manusia. Hal ini tidak terjadi pada orang kafir dan munafik. Hati yang seperti inilah yang membawa keikhlasan, kejujuran, kasih sayang, dan harmoni, serta yang membuahkan keamanan, kedamaian dan kebahagiaan kepada masyarakat.
Begitulah peranan hati mukmin di dalam kehidupan masyarakat, yang tidak wujud hari ini. Hati yang sempurna itulah yang hendak kita perjuangkan agar ia wujud. Moga-moga Allah memberi hidayah dan taufik kepada kita semua.
www.kata2hikmah.blogspot.com
[Continue reading...]

Hindari Perkara Yang Mematikan Hati

Pembunuh jiwa atau mematikan hati banyak perkaranya
Kenalah jaga bersungguh-sungguh jangan sampai menimpanya
Orang yang jiwa mati atau buta hati merosak manusia dan dunia
Bahkan perosak segala-galanya terutama agama
Di antara perkara pembunuh jiwa atau pembunuh hati
Mata tidak dikawal daripada dosa
Telinga juga suka mendengar perkara yang lucah dan tidak bersopan
Mendengar umpatan dan perkataan yang melalaikan
Hati suka mengkhayalkan kecantikan perempuan yang tidak halal
Di waktu keseorangan suka berangan-angan dan berkhayal-khayal
Apatah lagi makan minum yang syubhat dan tidak halal
Lebih-lebih lagilah membunuh jiwa atau mematikan hati atau menghitamkannya
Pergaulan bebas di antara laki-laki dan perempuan kenalah jaga
Kerana di sana boleh memberangsangkan nafsu haiwan kepada manusia
Dari rangsangan nafsu yang jahat merosakkan jiwa
Apabila jiwa rosak berbagai-bagai mazmumah akan menimpanya
Di waktu itu tidak mampu untuk mengkontrolnya
Lahirlah berbagai-bagai maksiat dan kemungkaran oleh manusia
Gejala masyarakat pun bermaharajalela
Punah-ranahlah pergaulan manusia
Di waktu itu hilanglah keamanan dan keharmonian di dalam masyarakat manusia
Maka menjadi balalah kepada kehidupan manusia
Di Akhirat masuk Neraka

 
[Continue reading...]

Apabila Nafsu Menguasai Manusia

Apabila nafsu telah menguasai manusia
Dia pun bermaharajalela memperhambakan manusia setiap masa
Kalau dia hendakkan sesuatu, dia arahlah seseorang itu mendapatkannya
Tidak kira halal atau haram, bahayakah atau tidak bahaya
Jika dapat walaupun banyak, tidak juga puas-puas, tidak rasa cukup
Tamak menyerang diri seseorang, sombong pun menjadi pakaian
Bakhil pun datang, tidak mahu menolong orang, kesenangan untuk diri sendiri
Jika tidak dapat banyak susah hati
Keluh-kesah pun datang, resah gelisah menyerang
Fikiran pun kusut, jiwa derita, marah-marah sahaja
Ketika mendapat banyak lupa diri
Pembaziran berlaku, membuang-buang harta terjadi
Di waktu susah fikiran tidak menentu, hilang pertimbangan, hasad dengki dengan orang yang senang
Apabila senang menghina orang, orang pun membencinya
Apabila senang berfoya-foya dengan perempuan jalang
Menghabiskan masa dengan sia-sia di tempat-tempat maksiat
Apabila mendapat bala melolong, hilang pertimbangan
Jika senang lupa daratan, lupa Tuhan Rabbul'alamin
Pantang dilarang, dinasihat tersinggung
Lantas marah-marah dan menyerang terus berdendam mungkin menyerang
Begitulah jika nafsu telah menguasai seseorang
Peribadi seseorang menjadi sebuah bola di padang
>

[Continue reading...]

Kehidupan Orang Tuhan

Orang-orang Tuhan biasanya hidup di dalam penderitaan dan sengsara
Dizalim, dianiaya itu adalah perkara biasa
Tersingkir, terbuang, dipenjara basahan hidup mereka
Dikejar-kejar dan diburu hingga melarikan diri jadi budaya
Miskin, papa, dihina, didusta menimpa mereka
Lihat sahajalah para-para rasul dan para-para nabi
Sahabat-Sahabat dan Tabi�in dan para solehin
Tapi tidak pernah menukar keyakinan
Sikap mereka tidak pernah berubah
Ibadah dan taqwanya kepada Allah Taala sentiasa bertambah
Mereka itu adalah orang luar biasa
Ujian dan keadaan tidak merubah keyakinan dan sikapnya
Kalau mereka susah, sabarnya terserlah
Jika mereka senang, syukurnya terserlah ibadahnya bertambah
Begitulah kehidupan orang-orang Tuhan sepanjang sejarah
Sibuk dengan perjuangan dan khidmat kepada manusia
Penuh di dalam penderitaan dan kesengsaraan
Namun Tuhan tidak pernah ditinggalkan
Bahkan Tuhan adalah kawan setianya
[Continue reading...]

Manusia Tidak Kenal Tuhan

Apabila manusia sudah terlalu jahat, kerana tidak kenal atau tidak percaya Tuhan
atau tidak takutkan Tuhan atau tidak cintakan Tuhan
Berlakulah berbagai-bagai bentuk jenayah dan kejahatan di dalam kehidupan
Seribu satu macam kejahatan manusia lakukan
Hingga hilang keamanan dan keselamatan, manusia sentiasa takut dan bimbang
Di waktu itu undang-undang demi undang-undang, hukuman demi hukuman
tidak akan mampu menahannya
Manusia kalau sudah tidak takut Tuhan, jel dan hukuman bunuh tidak menakutkan
Kerana mereka menyangka mati selesai masalah
Yang bermasalah di waktu hidup, senang pun di sini, susah pun di sini (dunia)
Untuk mendapat kesenangan dan keuntungan, kita buatlah apa sahaja, nasib baik berjaya
Hati kecil mereka berkata, �Kalau kerana itu, dihukum mati, tidak mengapalah,
selesailah masalah
Apalah ertinya hidup kalau sengsara dan menderita, orang kaya bukan peduli kita
Kalau di dunia tidak dapat kesenangan dan kebahagiaan, di Akhirat mati jadi tanah
habis cerita�
Kalau manusia sudah ramai berfaham macam ini maka undang-undang dan hukuman tidak ada erti apa-apa
Ertinya kenalah kembali promosi Tuhan
Kenalkan Tuhan, hingga Dia ditakuti dan dicintai
Kembali kenalkan manusia hidup yang kedua yang kekal abadi iaitu Akhirat
Di sana nikmat pun hebat dan penderitaannya pun amat dahsyat
Setelah manusia kenal Tuhan, cinta dan takut
Setelah manusia mengutamakan hidup Akhirat
Setelah mereka yakin bahawa kejahatan yang dibuat di dunia akan dibalas di Akhirat kekal abadi seksanya tidak terperi
Maka manusia pun takut hendak membuat salah dan maksiat, kecuali sedikit sekali
Ini bukan satu yang dongengan, ia telah berlaku di dalam sejarah selama 300 tahun
yang dikatakan zaman salafussoleh
Zaman selepas salafussoleh itulah yang kita hendak ulangi,
berdasarkan kaedah yang sama
Cintakan Tuhan, takutkan Tuhan, cintakan hidup di Akhirat
Nanti hasilnya sama, kerana kaedahnya sama
Secara umum manusia akan menjadi baik, seperti di zaman salafussoleh yang silam
Wahai para pemimpin, para ulama, cerdik pandai hendaklah faham tentang ini!
[Continue reading...]

Kekasih Pilihan Tuhan

Jika kita membaca sejarah orang yang bakal menjadi kekasih-kekasih dan pilihan Tuhan sungguh aneh sekali
Dari kecil  lagi mereka disusah-susahkan, miskin dan papa, menderita dan sengsara, dibudayakan kepada mereka
Aduh!   Sungguh menyayat hati, hati kita sungguh turut tersayat dibuatnya
Aku ambil satu contoh kekasih agung Tuhan, iaitu Muhammad, sebagai Nabi dan Rasul SAW buat akhir zaman
Aduh sedihnya, lahir sahaja bapanya tempat bermanja sudah tiada, mati sebelum lahirnya
Lahirnya walaupun masih ada ibu tempat bermanja, tapi dari kecil lagi dipisahkan pula dari ibunya, kerana diberi kepada ibu angkatnya, Halimatus Saadiah namanya
Tidak sempat bermanja dengan ibunya, bahkan belum pun sempat kenal ibunya, dipisahkan pula, aduh hibanya hati kita?!
Ibu angkatnyalah yang memelihara di dalam keadaan miskin pula, empat tahun lamanya
Hati kita ikut terasa  luka dibuatnya?!
Nabi merasa ibu angkatnya itulah ibu kandungnya
Aduh! Baru sedang asyik-asyik bermanja, di dalam belaian ibu angkatnya, memang ibu angkatnya terlalu sayang kepadanya, dipisahkan pula
Sedang berkasih sayang, di antara anak dan ibu angkatnya, ibu kandungnya mengambilnya pula
Sudah tentu sekali sama ada Halimah mahupun Nabi, macam tercabut nyawanya, kerana terpisah dengan orang kesayangannya
Dua tahun di dalam peliharaan ibunya, belum pun puas bermanja, ibunya mati pula
Aduh seksanya jiwanya kita pun ikut terasa
Yatim piatulah Nabi, tiada beribu dan berbapa di dalam keadaan miskin
dan sengsara pula
Dia diagihkan pula kepada datuknya, Abd Mutalib namanya
Baru dapat bermanja sekitar dua tahun, datuknya pula terpisah dengannya buat selama-lamanya kerana kematiannya
Aduh! Satu demi satu orang kesayangannya diambil oleh Tuhan,
hilang seluruh tempat bermanja dan kasih sayang
Mujurlah ada bapa saudaranya Abu Talib, dia dipelihara oleh Abu Talib, adik-beradik bapanya, yang sangat miskin pula kehidupannya, anaknya ramai pula
Bapa saudaranya sangat sayang kepadanya, lebih-lebih lagi dia anak yatim piatu,
Kerana kesempitan hidup, untuk kehidupan dia mengambil upah menjaga kambing-kambing orang di Mekah di dalam suasana kepanasan di musim panas
Di waktu-waktu tertentu mengambil upah dari hasil berdagang,
dari perniagaan seorang janda kaya di Mekah, Khadijah namanya
Berdagang itu bukan pula di Mekah, tapi di Syam yang sangat jauhnya
Aduh! Tempat bermanja sudah tidak ada, susah pula, penat lelah tidak terkira,
berdagang, mengambil upah pula
Di waktu kecilnya kurang sangat berkawan dengan kanak-kanak sebayanya
Dia suka hidup bersendirian, berfikir dan merenung tentang nasib bangsanya
Selalu sahaja dia mendongak ke langit di waktu kesepian dan kedinginan malam
Seolah-olah menunggu bantuan Tuhan, inginkan penyelamat, untuk bangsanya
yang hidup tidak ada tujuan dan di dalam keadaan tidak keruan
Dia dari kecil lagi, fikirannya dan hatinya sudah dewasa,
sudah memikirkan nasib bangsanya
Tidak seperti kanak-kanak yang lain hanya memikirkan makan minum, pakaian,
bermain-main dan bergurau senda
Begitulah seorang kekasih Tuhan, Muhammad namanya, Abdullah bapanya,
Aminah ibunya, Halimah ibu angkatnya Rasul akhir zaman
Demikianlah didikan Tuhan kepada kekasih-Nya, orang pilihan-Nya
pemimpin yang dijanjikan
Dididik dengan kesusahan, kemiskinan, penderitaan dibudayakan kepada mereka semenjak kecilnya
Apakah rahsia Tuhan melakukan kesusahan kepada mereka semenjak kecilnya?
Sedangkan mereka adalah kekasih Tuhan, apakah hikmah di sebaliknya?
Apakah didikan yang tersirat di dalamnya?
Rahsia yang dapat kita baca, Tuhan mahu mereka tidak terpesona dengan dunia
dan kemewahannya sejak  kecilnya
Kalau dunia dan kemewahannya sudah menjadi kecintaan,
itulah sandarannya bukan kepada Tuhan
Hikmah yang lain kerana Tuhan hendak meningikan darjat mereka di Syurga
Rahsia yang lain Tuhan hendak mendidik kekasih-kekasih-Nya
membesarkan Akhirat dari dunia
Oleh itu bagaimana nanti mereka mengajak manusia kepada Tuhan,
sedangkan mereka masih ada sedikit bersandar dengan dunia,
padahal mereka orang Tuhan
Ada hikmah lain, agar kekasih Tuhan itu faham erti penderitaan, semoga mereka dapat menjadi pembela dan penyelamat kepada manusia
Di waktu-waktu mereka senang, habis hartanya untuk membela orang yang susah
Jika kita mahu menjadi orang Tuhan dan kekasih-Nya kenalah sanggup susah
dan menderita
Di waktu-waktu senang dan kaya korbankanlah untuk orang yang menderita
[Continue reading...]

Ingatlah Kematian Kita

Ingatkanlah kematian kita itu dari detik ke detik dan dari saat ke saat

Justeru Allah tidak janjikan kematian kita di waktu tua

Begitu juga Allah tidak janjikan kematian kita disebabkan sakit

Tidak pun sakit boleh mati juga

Hal ini sepatutnya tidak payah diberitahu

Semua orang tahu, kan pengalaman bersama

Ada orang mati kecil, ada orang mati muda, ada orang mati tua

Ada orang mati tanpa sebab apa-apa

Sedang rehat-rehat atas kerusi tiba-tiba terlintuk saja

Ditengok nafas sudah tiada

Oleh itu janganlah senang-senang hati dengan kematian

Kematian bila-bila masa berlaku

Kita tunggulah kematian itu dari nafas ke nafas

Agar kita tidak ada angan-angan yang melalaikan

Hendak membangun, membangunlah

Tapi ingatlah waktu itu boleh mati

Hendak maju, majulah tapi kematian boleh berlaku di waktu itu

Hendak kejar kekayaan kejarlah

Tidaklah salah selagi halal tapi ingatlah mati

Ingatlah mati di dalam sebarang hal

Agar kita tidak lalai, jiwa sentiasa takut dan gentar dengan Tuhan

Bila jiwa takut dengan Tuhan

Kita takut hendak membuat dosa di dalam sebarang

[Continue reading...]

Aku Selalu Merenung Negara Yang Jauh


Aku selalu merenung ke depan, nun negara yang jauh
Aku sedar setiap detik kakiku melangkah ke sana
Sama ada aku pinta atau tidak,
aku pasti sampai ke negara itu
Apatah lagi memandang usiaku sudah lanjut
Sudah pasti hampir sampai ke destinasinya
Aku mengeluh selalu, aku sedih selalu
Aku bimbang tidak menentu,
Hatiku takut tidak berubat
Kerana bekalan belum cukup lagi
Bekalan yang sedikit ini pun di sana belum tentu laku
Allah! Di sana tidak ada kawan yang membela
Allah! Di sana tidak ada sanak saudara memikirkan
Aduh! Di sana tiada siapa pun yang menolong
Tiada peguambela
Di sana betul-betul keseorangan
Walaupun ramai tidak peduli-mempedulikan
Amalan kita, kitalah yang menghisabnya
Allah berfirman: (Ayat Quran: kafa binafsika hasiba)
Aduh! Sedihnya nasibku belum tahu
Tuhan! Belas kasihan-Mulah yang aku harapkan!
Kekuranganku Engkau tambahlah!
Kelemahanku maafkanlah
Dosaku ampunkanlah
Aku serahkan diriku pada-Mu, kasihanilah aku
Tuhan aku ini hamba-Mu
Kesalahanku dan kelemahanku Engkau tahu
Jika tidak ada keampunan dari-Mu, rugilah aku
Jika Engkau azab aku,
Aku ini adalah hamba-Mu juga Tuhan!
Jika Engkau maafkan aku,
Engkau tetap Maha Suci daripada kekurangan
Kebesaran-Mu tetap tidak kurang.

[Continue reading...]

Pemimpin Luar Biasa


p/s: kepada yang berminat nak sertai ibadah korban tahun ni boleh klik kat banner yang ada di sebelah kanan blog ini atau pergi ke laman web ini SURAU MUSTAQIMAH.
 
[Continue reading...]

Husnul Khatimah



[Continue reading...]

Boleh Taat Tapi Tidak Setia

Ada orang tidak taat dan tidak setia
Sama ada dengan Tuhan atau dengan manusia
Itu perkara biasa
Tapi adakalanya kita tidak sedari di dalam kehidupan ini
Sering berlaku kepada orang yang agak beragama
Boleh taat tapi tidak setia
Sanggup menerima arahan tapi tidak ada tanggungjawab
Boleh beribadah tapi derhaka
Boleh menerima suruhan tapi tidak beradab
Teringat dosa kemudian melakukannya
Boleh berbuat tapi tidak sempurna
Atau sanggup berkhidmat tapi tercacat dan tercela
Atau boleh taat tapi jiwa menderita
Keindahan di dalam ketaatan tidak ada
Lazat di dalam beramal belum dirasa
Kerana itulah iman sentiasa yazid wa yanqus
Adakalanya bertambah, adakalanya berkurang
Dia tidak mahu bertambah dan terus bertambah
Tapi janganlah berputus asa
Lepas berbuat mengaku berdosa
Setelah berbuat mintalah ampun dan maaf
Mintalah kepada Tuhan dengan rahmat-Nya terima jugalah
Pohonlah kepada Tuhan Ar Rahman
Dengan rahmat-Nya yang cacat itu tampunglah
[Continue reading...]