Tidak Ada Milik Engkau


Bukan sahaja harta engkau, rumah engkau, kereta engkau adalah milik Allah Taala
Bahkan diri engkau pun milik Allah Tuhan yang menjadikan engkau
Kalau begitu mana kepunyaan atau milik engkau
Yang sebenarnya tidak ada satu pun milik engkau
Kalau satu pun tidak ada milik engkau atau  kepunyaan engkau
Mengapa engkau bangga dengan kekuatan atau dengan kecantikan engkau
Mengapa engkau sombong dengan harta dan kekayaan engkau
Mengapa engkau angkuh dan melakukan sewenang-wenangnya
dengan kekuasaan engkau
Kerana apa engkau boleh melupakan Tuhan yang memberikan segala-galanya
kepada engkau
Mengapa engkau tidak malu kepada Tuhan yang memberi berbagai-bagai nikmat
kepada engkau
Apakah engkau mampu mempertahankan apa yang ada pada diri engkau?
Hingga engkau boleh memiliki selama-lamanya hingga selepas mati engkau
Bolehkah engkau kekalkan segala yang ada pada engkau
Sejauh mana kemampuan engkau mempertahankannya
Engkau tidak nampakkah berapa ramai orang yang berkuasa yang penuh dengan kesombongan tidak boleh mempertahankan kekuasaannya
Berapa banyak orang yang kaya-raya tidak dapat mengekalkan kekayaannya
Bahkan berlaku di dalam masa hidupnya lagi daripada seorang yang kaya menjadi seorang yang papa kedana!
Berapa ramai orang yang gagah, cantik menjadi lumpuh tidak dapat mempertahankan kekayaan dan kecantikannya
Bukankah ramai orang yang terkenal di masa hidupnya lagi dilupakan orang?
Orang yang ramai pengikut ditinggalkan oleh para pengikut-pengikutnya di masa hidupnya lagi
Mengapa engkau tidak mengambil iktibar dengan pengalaman itu?
Mengapa apa yang terjadi di dalam kehidupannya itu engkau tidak jadikan pengajaran?!
Sejarah yang berlaku adakalanya di hadapan mata kita mengapa tidak boleh menyedar
dan menginsafkan kita?
Pengalaman itu bukankah nasihat dan ingatan yang paling besar?!
Nasihat dan peringatan yang macam mana lagi yang kita hendak sedar dan insaf?!
Apakah setelah azab menimpa ke kepala kita baru mahu insaf?!
Itu sudah terlambat namanya
[Continue reading...]