Beramal Kerana Fadilat

Biasanya orang yang membuat amal ibadah kerana mengejar fadhilat, banyak ibadahnya

Tapi rasa bertuhan sudah tiada

Dari ibadahnya tidak lagi lahir rasa kehambaannya

Dia membuat amal ibadah bukan kerana cinta dengan Tuhan atau takut

Tapi cinta dengan fadhilat atau takut tidak dapat fadhilat

Biasanya golongan ini rasa takut atau cinta dengan Tuhan sudah tidak ada

Kalaupun banyak amal ibadah tapi tidak mengubah perangai

Mazmumahnya sama naik dengan amal ibadahnya

Ibadah pun banyak, cinta dunia pun banyak

Amal ibadah pun bertambah, cintakan dunia pun bertambah

Golongan yang mengejar fadhilat ini selalunya rasa aman dengan Tuhan

Merasa tenang dengan amal ibadah

Itulah orang yang beramal ibadah derhaka dalam taat

Membuat dosa atau derhaka tapi tidak sedar berlakunya kederhakaan itu

Mereka itu tertipu dengan amal ibadahnya yang banyak

Tapi rasa bertuhan tidak ada

Tapi rasa kehambaan sudah hilang

Sedangkan rasa bertuhan itu adalah wajib

Merasa kehambaan itu adalah diperintah

Beramal ibadah dengan tujuan untuk memperdalamkan rasa bertuhan dan

rasa kehambaan

Kalau beramal ibadah sudah tidak rasa bertuhan dan tidak rasa kehambaan

Fungsi dan peranan ibadah itu sudah tersalah

Maka tidak ada nilai lagi di sisi Allah SWT


[Continue reading...]

Apabila Kemenagan Atas Dasar Taqwa

Apabila satu bangsa itu mendapat kemenangan

Dan kejayaan atas dasar taqwa

Kerana menjadikan Tuhan itu matlamat hidup mereka

Tuhan adalah cinta agung disembah dan dipuja

Kerana sangat membaiki diri dan membersihkan jiwa

Maka lahirlah kemajuan dan tamadun

Berkat dan rahmat melimpah ruah merata negara

Hingga orang kafir pun mendapat untung sama

Rezeki dimurahkan, kemakmuran luar biasa

Tidak tahu mana puncanya

Side effectnya adalah positif

Rakyat berkasih sayang sesama mereka

Mereka hidup hormat-menghormati

Bertolong bantu, bekerjasama menjadi budaya

Manusia pemurah, suka memberi dan membantu

Para pemimpin dan orang kayanya tawadhuk

Ulama-ulama merendah diri dan menjadi obor kepada masyarakatnya

Kemungkaran dan maksiat terang-terangan tidak kelihatan

Jenayah terlalu kurang

Hidup penuh aman damai dan harmoni

Hingga rakyat hidup di dalam bahagia dan ceria

Kebimbangan dan ketakutan tidak ada

Ramai rakyat yang bersyukur

Beginilah kalau sesuatu bangsa itu

Mendapat kemenangan dan kejayaan atas dasar taqwa

Tapi ini berlaku di dalam sejarah

Beratus tahun sekali

Kita harap ia akan datang atau terjadi

Sekali lagi di zaman kita ini


[Continue reading...]