Ya Allah aku tidaklah meminta kaya

Ya Allah ! Aku tidaklah meminta kaya, tapi kalau perlu Engkau kan lebih tahu berilah
Aku juga tidak meminta sakit, tapi Engkau tahu kalau perlu sakitkanlah
Yang penting padaku, apa yang Engkau beri itu
mendatangkan kebaikan kepadaku dan Engkau redha denganku
Di dalam suasana apa pun yang menimpaku aku tidak kira,
yang penting redha-Mu
Yang penting adalah didikan-Mu, dengan didikan itu aku menjadi baik
Takdirkanlah pada diriku dan tadbirlah bagaimanapun keadaannya,
yang penting tujuan baik-Mu untukku
Apa sahaja yang boleh aku menjadi baik lakukanlah,
Engkau yang tahu, aku manalah tahu
Bagaimanapun keadaanya aku redha dan boleh menerimanya
Ya Allah! Memang apa yang Engkau lakukan pada seseorang hamba,
payah hendak diketahui hikmahnya
Kadang-kadang lahirnya bersifat negatif tapi itulah kebaikan kepadanya
Kadang-kadang yang Engkau beri itu bersifat positif
lahirnya tapi itulah kejahatan padanya
Ya Allah ! Eangkau Maha Mengetahui yang lahir dan yang batin
Engkau adalah Maha Bijaksana dan Maha Berhikmah
Hikmah Engkau adalah terlalu tersirat dan sangat tersembunyi
Kerana itulah redha seorang hamba apa yang Engkau lakukan kepadanya itu
perlu lebih dahulu
Nanti jangka panjang baru tahu hikmahnya,
baru nampak kebaikannya
Maha Suci Engkau Tuhan menzalimi hamba-hamba-Nya
Inginkan Harta Yang Diberkati?
[Continue reading...]

Tersalah Memberi Cinta

Ramai org tersalah bagi takut dan cinta,
memberi ketakutan dan kecintaan yang tidak ada kuasa,
Cinta dan takut kepada manusia dan benda2 yang tidak bernyawa,
Yang tidak dpt menjaga,mengawal,menyelamatkan dan membahagiakan manusia,
Memberi seluruh harapan kepada makhluk ciptaan Tuhan,
... Tidak ada sedikit pun di ruang hatinya rasa cinta dan takut kepada Tuhan penciptanya,
Tuhan yang Dia adalah sumber sgala-galanya,
Padahal manusia,harta,pangkat dan entah apa lagi benda yang menjadi pujaan manusia,
Tidak dapat pun membendung penyakit,
tidak dapat menahan kehilangan harta,
Perkara dan benda yang dipuja,tidak dapat menghalangnya daripada bencana alam,difitnah dan dibunuh org,
Kerana itulah manusia di dunia menderita di dalam kesenangan,
Ketakutan di dalam kemewahan,
Adakalanya perempuan yang menjadi kecintaannya menghambanya atau menghkhianatinya,
Kerana itulah huru hara dan gejala gejala yang menakutkan sengaja Allah biarkan bermaharajalela,
Seolah olah Tuhan berkata:
Kalau Aku bukan menjadi kecintaan dan ketakutan engkau, Aku tidak ada di dalam kamus hidupmu,
Kalau Aku sudah tidak diperlukan lagi,
Sekarang Aku hendak serahkan kepada engkau
Manusia,betina dan harta benda yang menjadi kecintaan dan ketakutan engkau,
Menjaga segala urusan hidup engkau,
Mampukah perkara-perkara dan benda-benda itu menjaga engkau?
Aku berlepas diri
Sekarang risiko yang terjadi kerana manusia sudah tidak ada pergantungan dgn Tuhan
Manusia sedang berhadapan dgn neraka dunia di dalam kemajuan...[/
[Continue reading...]

Tuhan pimpinlah aku

Tuhan aku ini hambaMu pimpinlah
Tuhan aku ini hambaMu maafkanlah
Aku selalu membuat kesalahan
Setiap hari membuat dosa
Ampunkanlah aku
Tuhan hambaMu ini lemah
Memerlukan kekuatanMu
Jangan biarkan aku terumbang-ambing
Dengan kehidupan dunia yang menipu
Berilah aku petunjuk selalu
Iman itu adalah segala-galanya
Hidayah itu tinggi nilainya
Taufik itu sangat berharga
Anugerahkanlah kepadaku
Agar aku mulia
Tuhan kalaulah bukan petunjuk dariMu
Sudah tentu aku sesat jalan
Kalau bukan taufik dariMu
Menempuh jalanMu tentu tidak mampu
Kerana itu pimpinanMu amat perlu
Buat aku di dunia ini
Begitulah harapanku kepadaMu
Setiap doa aku panjatkan
Engkau dengarlah doaku ini
Engkau terimalah permintaanku
[Continue reading...]

Alangkah Hinanya Aku

Alangkah Hina Dan Lemahnya Hamba-Mu Tuhan! Alangkah hina dan lemahnya hamba-Mu ini Langsung tidak ada kuasa dan kudrat...
Kuasa dan kudrat sepenuhnya adalah milik-Mu

Jika di waktu aku duduk

Aku boleh Engkau menjatuhkan

Aku boleh Engkau matikan

Dan aku boleh Engkau lalaikan

Di waktu rehat-rehat

Engkau boleh jadikan aku pening kepala dengan tiba-tiba

Aku boleh jatuh

Aku boleh tidak sedarkan diri bahkan boleh mati

Di waktu sedang aku makan

Engkau boleh tercekikkan aku

Boleh aku tercekik tulang

Boleh bila-bila masa sahaja di waktu itu aku tumbang

Di waktu bercakap-cakap, Engkau boleh buat apa sahaja denganku

Engkau boleh lupakan aku tentang sesuatu yang hendak dicakapkan

Boleh di waktu itu aku terbatuk-batuk

Boleh rebah di waktu itu

Di dalam masa tidur

Engkau boleh tidurkan aku terus tidur

Iaitu daripada mulanya aku tidur kecil terjadi tidur besar

Atau bangkit-bangkit tidur terus sahaja mati

Itu terpulanglah kepada Engkau

Engkau boleh buat apa saja kepadaku

Di mana aku berada, di waktu bila, di dalam keadaan apa

Macam-macam Engkau boleh jadikan aku

Manalah ada kuasa padaku

Sedikit pun tiada kudratku

Kerana itulah nasibku seluruhnya aku serahkan kepada-Mu

Kesihatanku, makan minumku, keselamatan aku, aku serahkan kepada-Mu

Kerehatanku, kesenanganku dan kebahagiaanku

Aku yakin Engkau tidak menzalimi hamba-hamba-Mu

Kalau begitu, seluruh hidup matiku

Aku serahkan kepada-Mu

Kerana aku langsung tidak ada kuasa apa-apa

Terserahlah kepada-Mu Tuhan

Tapi aku baik sangka dengan-Mu.
[Continue reading...]

Dunia Perjalanan Pulang ke Akhirat

Dunia Perjalanan Pulang ke Akhirat
Di dalam perjalanan pulang banyak gangguan
Sering sahaja aku melupakan bahawa aku di dalam perjalanan pulang
Akhirat adalah kampung abadiku
Aku akan kekal tinggal di sana buat selama-lamanya tanpa diukur oleh masa
...
Di dalam perjalanan pulang aku sering sahaja dilekakan
Gangguan-gangguan yang mempedayaku di dalam perjalanan pulang
Kadang-kadang aku terlupa bahawa aku adalah di dalam perjalanan pulang
ke kampung Akhirat
Aku tidak tahu apakah aku pulang membawa kekayaan iman taqwa dan amal soleh
Kekayaan yang aku bawa dari permusafiranku di dunia ke kampung Akhirat sana
Aku khuatir barang-barang yang aku bawa dari permusafiranku
apakah boleh laku di kampung abadiku
Kalau seseorang tidak membawa apa-apa sudah tentulah papa-kedana di sana
Sekiranya membawa barang-barang pun belum tentu diterima
Kalau tidak diterima senasiblah seperti orang yang pulang tidak membawa apa-apa
Aduh aku bimbang sebenarnya samada aku tidak boleh membawa
Atau membawa barang-barang tapi tidak berguna
Aduh kalau setelah sampai di sana baru tahu barang yang dibawa tidak berguna
Alangkah malangnya aku permusafiranku tidak ada erti apa-apa
Permusafiran yang tidak lama
hendak berhadapan dengan hidup yang berlama-lama tidak diukur oleh masa
Tuhan pimpinlah aku di dalam permusafiran ini
Agar di dalam permusafiranku berada di jalan yang betul
Boleh membawa pulang barang-barang yang berharga yang Engkau terima
Supaya aku pulang tidak kecewa
Membawa barang-barang yang membolehkanku hidup senang dan selesa
Tuhan pimpinlah aku di dalam masa musafir ini
[Continue reading...]

Kejahatan Yang Mendarah Daging

Kejahatan itu kalau sudah mendarah mendaging ia jadi gian,
Kalau sudah gian kejahatan itu teringat ingat sahaja hendak membuatnya
Jika tidak dilepaskan, akal fikiran tidak menentu sahaja,
Buat itu, buat ini, serba tidak kena selagi tidak dilakukannya,
Sekalipun seseorang itu sudah insaf dan ingin bertaubat,
...
Tapi terpaksalah berhempas pulas mujahadah melupakannya atau menahannya
Peringkat awal sekali sekala terbuat juga
Memang kejahatan yang sudah mendarah mendaging amat susah meninggalkannya,
Kerana syaitan itu sudah bertapak di dalam hati manusia,
Nafsu manusia itulah tempat laluan syaitan menggoda,
Oleh itu nafsu kenalah kekang agar syaitan tidak dapat melaluinya,
Berlindunglah kita dengan Tuhan daripada melakukan kejahatan,
Kalau kita biarkan diri kita melakukan kejahatan,
Lama kelamaan ini akan menjadi gian,
Jika sudah menjadi gian susahlah hendak meninggalkannya,
SEkalipun kita hendak bertaubat dan insaf namun teringatkan kejahatan,
Minta tolonglah kepada Tuhan kalau kita sudah terlajak,
Agar kita diberiNya kekuatan untuk meninggalkannya...
[Continue reading...]