Aku Cuba MencintaiMu Tuhan


Aku coba mencintaiMu Tuhan

Tapi tidak juga terasa

Aku coba berkali-kali pun tidak terasa apa-apa

Aku fikir-fikirkan nikmat-nikmatMu

Aku kenang-kenangkan rahmatMu

... Agar nampak kemurahanMu

Atas nama Tuhan aku akur

Namun aku belum juga jatuh hati denganMu

Aku susah hati, aku sedih selalu

Mengapa terjadi begini

Mengapa cintaku padaMu belum berbunga lagi

Sedangkan aku tahu

aku akui nikmatMu terlalu banyak padaku

Kalau hendak dihitung tidak mungkin dihitung

Walaupun melalui komputer

Aku iri hati selalu

Cerita dan berita orang soleh zaman dahulu

Hebatnya cinta mereka padaMu

Hilang selera makan keranaMu

Asyik memuja dan memujiMu

Mensucikan dan membesarkanMu

Terutama di waktu malam yang sepi,

di waktu orang mimpi

Mereka memujaMu, merintih padaMu

Mengharap kasih sayang padaMu

Air mata mereka membasahi pipi

Ada kala menitis ke bumi

Mereka merasai Engkau adalah segala-galanya

Engkau adalah hidup mati mereka

Engkau adalah di bibir mereka

Engkau adalah hati jantung mereka

Tapi aku tidak begitu

Aduh kerasnya hatiku

Hingga ini aku belum mencintai kekasih

agungku

Baru aku sedar cinta padaMu adalah anugerah

dan hidayahMu

Bertuahlah dan berbahagialah orang yang Engkau

anugerahkan kecintaan kepadaMu

Aku bilakah lagi Tuhan ?

Dapat sedikit pun jadilah !

Aku tidak putus asa

Aku coba lagi selagi ada nyawa di badan

Di ujung hidupku pun

Kalau dapat sudah cukuplah wahai Tuhan
[Continue reading...]

Buta Hati


[Continue reading...]

Apabila Allah Murka

Apabila Allah telah murka pada seseorang
Selalu dia melupakan dosa
Apabila membuat dosa jiwa tidak menderita
Apabila membuat baik kecil sahaja terasa besar
Membuat kebaikan berat terasa
Apabila membuat kesalahan, tidak terasa apa-apa
Kalaupun teringat, mudah sahaja padanya Allah Maha Pengampun
Mudah sahaja meringan-ringan dengan dosa
Setiap percakapan, sikap, perbuatan nampaknya sombong tapi tidak terasa
Apabila diingatkan mengapa tidak buat begini dan tidak buat begitu
Ada sahaja jawapannya
Jawapan hendak mengelak bukan hendak bertindak
Dengan syariat makin ke hujung, makin longgar
Dengan anak-anak dan isteri masing-masing jaga diri
Kuliah-kuliah, nasihat, usrah-usrah di rumah sudah tiada lagi
Tapi rajin membuat motivasi di luar rumah
Kalau orang tidak tahu, wah dia pejuang yang gigih
Anak-anak isteri terbiar, bertempiaran tidak tentu arah
Itulah tandanya membuat motivasi kerana kehidupan
Bukan kesedaran beragama, untuk keredhaan Tuhan.
[Continue reading...]