Manusia ditimpa penyakit jiwa

Di akhir zaman banyak manusia ditimpa penyakit jiwa,
Jiwa tidak tenang sekalipun sudah berkuasa dan kaya,
Sudah ternama, sudah glamour, sudah dikenal.
Di waktu itu segala yang dimiliki tiada memberi faedah apa-apa,
Duduk di rumah gelisah, duduk di pejabat resah,
Salah sedikit orang lain, mudah marah-marah,
Segala yang dilihat tiada yang indah,
Fikiran berserabut, jiwa parah,
Yang tiada beriman bunuh diri,
Yang lemah iman terlibat dengan bermacam-macam jenayah,
Rasuah, arak, judi, zina, menzalim manusia,
Di dalam rumah dada ukhwah, dada harmoni, dada sekata,
Mereka ditimpa neraka dunia,
Sebelum Neraka di Akhirat sana ,
Aduh kalau di dunia dada bahagia,
Apakah di Akhirat nand dapat bahagia,
Pada Tuhan ada kebahagiaan, pada Tuhan ada ketenangan,
Serahlah diri kepada-Nya, redhalah dengan ketentuan-Nya,
Buanglah mazmumah, hiasilah diri dengan mahmudah,
Di sinilah rahsia kebahagiaan, di sinilah rahsia keindahan.
[Continue reading...]

Badan lasak jiwa rapuh

Ramai orang yang lasak badannya tidak lasak hatinya
Ketahanan badannya luarbiasa, tidak tahu letihnya tapi hatinya rapuh
Boleh berjalan jauh, boleh membuat kerja berat, kurang rehat sungguh luarbiasa
Jarang sakit, kalau sakit ringan masih boleh membuat kerja
Mampu mendaki gunung, larat merenangi lautan, sanggup merentas hutan belantara
Kerja tidak rehat-rehat, cergas, tangkas, gegas
Begitulah hebatnya tubuh kasarnya, boleh menanggung beban yang berat kurang rehat
Tapi malang sekali ramai orang hatinya rapuh
Jiwanya tidak tahan lasak mudah sakit, mudah letih, mudah sedih
Hatinya mudah merajuk susah dipujuk, mudah sakit hati, mudah gelisah
Mudah sahaja hatinya benci, meluat, jemu, lesu
Jiwanya mudah terseksa, derita, sengsara, resah
Jiwanya mudah sahaja tersinggung, padahal masalah kecil sahaja
tapi jiwa tidak mampu menanggung
Mudah sakit hati, mudah berdendam, mudah dengki, mudah kecewa
Yang lebih dahsyat mudah sombong, mudah marah, mudah menyerang, mudah tercabar
Hati tidak tahan ada saingan, ada cabaran, ada tekanan, ada gesaan
Begitulah manusia ramai yang fiziknya tahan lasak
tapi jiwanya rapuh, reput, mudah terpelengot
Jiwanya tidak tahan lasak
Tidak mampu dibebankan dengan kesusahan, dibenci, diberi malu, dihina, dikata
Tidak sanggup ada saingan dan cabaran
Tidak mampu berhadapan dengan tekanan, gesaan dan arahan,
lebih-lebih lagi dengan kemarahan
Oleh itu ramai orang yang sakit jiwa di dunia ini
Paling tidak sering sahaja risau, resah dan gelisah
Orang yang takut dan cintakan Tuhan sahaja jiwanya lasak dan tidak rapuh
[Continue reading...]

Bersihkan jiwa dengan mujahadah

Bermujahadahlah membersihkan jiwa
Dari mazmumah yang merosakkan diri dan manusia
Bermujahadahlah, jangan jemu-jemu dan kecewa
Bermujahadah melawan nafsu memang sakit dan susah
Bahkan meletihkan dan menjemukan
Kalau lemah semangat akan menyerah kalah tanpa berjuang
Itulah yang dikehendaki oleh syaitan
Syaitan tahu nafsu itu adalah jalannya
Jika manusia tidak bermujahadah melawan nafsu luaslah jalannya
Bermaharajalelalah syaitan menggoda dan memperdaya manusia
Manusia diperkotak-katikkan ke sini dan ke sana
Macam bola di padang yang ditendang-tendang oleh manusia
Dipermainnya manusia itu semahu-mahunya
Diperhambanya manusia itu mengikut kehendaknya
Berjayalah syaitan terhadap kebanyakan manusia
Sedikit sahaja manusia yang tidak masuk perangkapnya
[Continue reading...]

Anak kunci stabilkan jiwa

Bukan senang hendak menjadikan jiwa stabil
Yang tidak tergugat oleh sebarang keadaan yang silih berganti di dalam kehidupan
Bukan senang hendak menjadikan jiwa istiqamah selalu
Walau bagaimana keadaannya sekalipun dia tetap dengan Tuhannya
Bukan senang hendak menjaga hati jangan sampai terpesong perasaannya
Sedangkan keadaan hidup yang sentiasa berubah selalu sahaja mencabarnya
Ramai orang yang tidak dapat menstabilkan jiwanya
Walaupun dia orang besar, ada kuasa, berilmu dan kaya
Buktinya jiwa itu adakalanya tenang, adakalanya gelisah
Adakalanya sabar, adakalanya tidak sabar bahkan tidak sabar lebih kerap berlaku
Adakalanya gembira, adakalanya dukacita
Adakalanya terlonta-lonta hilang pertimbangan, adakalanya derita juga hilang pertimbangan
Adakalanya rasa benci, adakalanya rasa suka
Adakalanya rasa simpati, adakalanya datang dendam
Belum lagi perasaan hati itu ditimpa oleh riyak, ego, megah
Apabila jiwa tidak stabil, kesan sampingan atau kesan lahirnya sentiasa berubah sikapnya
Ia boleh merosakkan diri dan juga merosakkan orang
Ia boleh membunuh diri dan boleh membunuh orang lain
Rosaknya akhlak, berlakunya jenayah dan perkara-perkara lain yang negatif
Ia adalah disebabkan jiwa sentiasa tidak stabil
Kalau rasa tidak stabil itu ringan sahaja boleh dibendung lagi
Jika rasa tidak stabil itu sudah mendalam dan berakar umbi di dalam jiwa
Dia akan jadi manusia perosak dan merosakkan diri
Stabilkanlah jiwa selalu
Dengan menanamkan rasa bertuhan yang mendalam di dalam jiwa
Inilah anak kunci agar jiwa menjadi stabil
[Continue reading...]

Adilnya Tuhan Terhadap Manusia

 


Pernah ke orang besar lagi berkuasa bala takut dengannya?
Yang kena timpa hanya orang-orang kecil sahaja?!
Apakah orang-orang kaya bala bencana lari darinya?!
Kerana bala malu dengannya
Mereka tidak pernah ditimpa bala?
Yang kena hanya orang-orang miskin sahaja?
Apakah raja-raja tidak ditimpa bala?!
Kerana bala malu dan hormat kepadanya?!
Yang kena hanya rakyat jelata sahaja
Semua manusia ditimpa bala,tidak ada kecualinya
Itulah dia keadilan Tuhan terhadap manusia
Agar manusia sedar ada yang maha berkuasa yang menentukan nasib manusia
Cuma bala bencana yang menimpa manusia itu satu sama lain tidak sama
Juga agar manusia itu sedar besar dan kaya macam mana sekalipun tidak ada kuasa
Ini menyedarkan manusia walau tinggi kedudukannya agar tawaduk dan merendah diri
Manusia,siapa pun dia, tetap hamba
Hamba yang kehidupannya tertakluk kepada Tuhan yang maha kuasa
Supaya tidak sombong dengan status kedudukannya
[Continue reading...]

Cara Mendidik Anak2

Dari kecil lagi mendidik anak-anak itu hendaklah kenalkan Tuhan,
mencintai dan menakuti-Nya
Dari kecil lagi jangan terlalu dibelai dan dimanjakan
Kalau memarahinya jangan keterlaluan sampai hilang pertimbangan,
jangan kerap pula dilakukan
Atau tidak pernah dimarahi, kejahatan dibiarkan berpanjangan
Sayangnya kita kepada anak itu jangan terlalu dinampakkan
Apa sahaja kehendak anak-anak ditunaikan tanpa dipersoalkan
Jangan dididik dengan duit keterlaluan dan berlebih-lebihan
Begitulah juga jangan pakaian berlebih-lebihan hingga pembaziran
Kalau sekadar yang diperlukan itu tidak mengapa bahkan itu adalah kewajipan
Sembahyang dari kecil lagi diajar dan disuruh  dirikan
Jangan setelah dewasa barulah hendak diperintahkan
Padahal sembahyang itu dari kecil lagi mesti dibiasakan
Supaya setelah dewasa ia telah mendarah mendaging, payah hendak ditinggalkan
Begitulah juga halal haram pantang-larang Tuhan dari kecil lagi diajarkan
Minta mereka tinggalkan
Mana yang disuruh Tuhan dari kecil lagi diajarkan dan diamalkan
Setelah dewasa mereka mudah meneruskan kerana sudah kebiasaan
Dari kecil lagi pergaulan bebas dibataskan
Kalau hendak keluar rumah hendaklah dipersoalkan, balik ditanyakan mengapa lambat pulang hingga larut malam
Didik mereka memilih kawan yang beragama dan takutkan Tuhan
Silap pilih kawan, ia akan merosakkan
Latih dari kecil lagi memasak, mengemas rumah, cintakan ilmu
dengan banyak membaca ilmu pengetahuan
Latih mereka hidup berdisiplin ada time ibadah, ada time membaca, ada time makan, ada time rehat, ada time bermain ada time berjalan
Setelah dewasa kelak mereka akan menjadi bangsa yang ada disiplin hidup
yang berkekalan
Disiplin itulah menjadikan bangsa itu beragama, rajin, maju, bersatu, rasa bersama bekerjasama dan berwibawa
Bangsa itu akan kuat, disegani dan dihormati serta diikuti
Latih dari kecil lagi makan bersama, sembahyang bersama, bekerjasama dan dengan jiran dihormati dan diperhati
Didik anak-anak selepas Subuh dan Asar jangan dibenarkan tidur kecuali perlu
Kerana ia akan melemahkan akal fikiran menjadi manusia pemalas
Dari kecil lagi didik hormati ibu bapa
Berkasih sayang dengan saudara-mara dan keluarga
Hubungkan silaturrahim dengan sanak saudara
Berkawan hendaklah setia, utamakan kawan dari diri kita
[Continue reading...]

Cara Mendidik Nafsu

Menghadapi nafsu tidak sama dengan roh atau jiwa atau hati
Roh kenalah dihidupkan tapi nafsu hendaklah dilumpuhkan
Supaya kehendaknya yang  rakus itu tidak aktif hanya sekadar yang diperlukan
Nafsu tidak mungkin dimatikan kecuali kematian badan
Nafsu hanya sekadar dilumpuhkan agar kehendaknya yang gelojoh tamak itu distabilkan
Kehendaknya yang stabil itu, ialah mengikut kehendak-kehendak Tuhan
Seperti kehendaknya yang dihalalkan, paling dibenarkan pun  yang diharuskan
Menstabilkan nafsu itu ada hubungan dengan kebersihan roh insan
Roh yang bersih hanya mengingatkan Tuhan, menakuti-Nya dan mencintai Tuhan
Rasa bertuhan, rasa kehambaan di dalam perasaan insan
Di dalam hal ini hendaklah diambil perhatian
Menstabilkan nafsu dengan mujahadah berterusan
Agar roh sentiasa bersih dan berperanan
Bersihnya itu agar berpanjangan
Supaya roh tidak dirosakkan oleh nafsu serakahnya
Nafsu adalah highway syaitan
Tutuplah jalan syaitan itu dengan menstabilkan nafsu insan
Begitulah caranya mendidik nafsu mengikut ajaran Hadis
dan Al Quran
[Continue reading...]

Kalau kehilangan Tuhan

Kalau kita tidak ada ibu bapa sahaja pun, kita terasa kehilangan yang amat banyak
Kehilangan kasih sayang, kehilangan tempat bermanja, kehilangan tempat berlindung, kehilangan tempat mengadu
Kita tidak punyai ibu bapa, terlalu banyak kekurangan yang kita rasa
Kehilangan ibu bapa, terasa perit hidup ini, kerana kehidupan kita urus sendiri
Itu baru kehilangan ibu bapa
Kita rasa dagang dan asing hidup ini
Kalau kehilangan Tuhan bagaimana?!
Tentulah kita kehilangan segala-galanya sama ada kita sedar mahupun tidak
Kehilangan Tuhan, kita kehilangan seluruh aspek kehidupan kita
Mungkin kita tidak terasa secara mengejut atau secara mendadak
Tapi kita akan terasa sedikit demi sedikit, kita akan terasa perlahan-lahan bahananya
Bahkan kalau kita panjang umur apa yang ada pada kita,
macam tidak ada erti apa-apa jika kehilangan Tuhan
Kerana itulah kita jangan sombong, kita perlukan Tuhan
Kalau kita dapatkan Tuhan miskin pun masih rasa bahagia,
di dalam kesusahan pun masih ada ketenangan
Betapalah di waktu kita di dalam kesenangan dan kemewahan
Tuhan sebenarnya adalah segala-galanya
Dapat Tuhan dapat segala-galanya
Tidak dapat Tuhan, walaupun segala-galanya dapat,
kita rasa macam tidak dapat apa-apa
Hujah kita, kerana di dalam hidup ini, ada orang sudah dapat segala-galanya
tapi bunuh diri
Ertinya segala-gala yang diperolehinya itu sudah tidak ada erti apa-apa
Ada orang tidak dapat segala-galanya, kerana dapat Tuhan dia tenang,
masih bahagia seolah-olah dapat segala-galanya
Maha Besar Tuhan, dapat Tuhan itu rahmat, dapat Tuhan berkat,
dapat Tuhan tenang dan bahagia
[Continue reading...]

Hatiku Terluka

Hatiku selalu sahaja terluka
Darah rohaninya selalu sahaja mengalir basah
Sering sahaja lukanya belum sembuh, terluka lagi dan berdarah
Bagaimana hatiku luka berlaku
Aku akan ceritakan kepadamu wahai kawan-kawanku
Apabila mendapat kesusahan, hatiku resah gelisah, maka lukalah hatiku
Adakalanya di atas kelukaan berlaku pula lagi luka yang baru
Luka yang bertimpa-timpa kepada hatiku, sakitnya bertambah perit dan parah
Iaitu jika orang menghina aku hatiku sakit
Ia luka lagi apabila sekali-sekala orang memujiku
Hatiku berbunga, aku rasa aku luarbiasa
Darah rohaninya bertambah banyak, lukanya bertambah merebak
Di dalam kehidupanku sekali-sekala aku mendapat kejayaan
Aduh megah pula datang menyerang, luka hatiku bertambah parah
Menjadikan hatiku bertambah tidak tenang dan senang
Di dalam pergaulan aku lihat ada orang yang mendapat kesenangan dan kejayaan
Hasad dengkiku pun datang, hatiku meradang,
luka hatiku bertambah parah dan bernanah
Penyakit hatiku bertambah parah dan kronik
Hingga kehidupanku sentiasa gelisah
Apakah ada doktor kerohanian yang boleh mengubatinya?
Agar sebelum aku mati penyakit hatiku sembuh
Supaya di waktu itu Tuhan pun redha denganku
Kerana penyakit hatiku sudah pulih dan bersih
Maka selamatlah aku daripada kemurkaan dan Neraka-Nya
[Continue reading...]

Manusia di Akhir Zaman

[Continue reading...]