Manusia Yang Memberi Manfaat

Manusia ini kalau tidak beribadah kepada Allah,
Tidak membuat kebaikan kepada manusia,
Negatifnya lebih banyak daripada positifnya,
Busuknya lebih terserlah daripada keindahannya,
Mari kita bercerita kalau tidak percaya,
Saya minta maaf kalau tidak sedap didengar oleh telinga,
Kerana setengah hal malu mendengarnya,
Waktu bertemu suami isteri,
Kerana tuntutan biologi,
Menjijikan dan memalukan,
Kerana hasil pertemuan itu
Bertemunya kedua air mani yang meloyakan,
Kalau Tuhan taqdirkan jadi manusia
Manusia dijadikan daripada yang menjijikan,
Sampai sembilan bulan lahirlah manusia,
Bersama darahnya yang sangat kotor,
Kalau manusia panjang umurnya,
Pada diri manusia itu semua yang menjijikan,
Yang meloyakan selera makan,
Kalau manusia berpeluh, peluhnya berbau busuk
Di dalam telinga ada tahi telinga
Yang menjijikan,
Keluar daripada mata, tahi mata,
Walaupun tidak najis, manusia tidak suka,
Yang keluar daripada hidung semuanya menjijikan,
Keluar dari pintu depan dan pintu belakang,
Lebih lagi busuk dan menajiskan,
Begitu juga yang keluar daripada mulut manusia,
Kahak yang meloyakan,
Atau keluar air liur basi yang berbau busuk
Dan mengotorkan,
Begitu juga fizikal manusia,
Kalau tak dijaga dengan baik,
Berkudis dan bernanah,
Lagi busuk meloyakan manusia,
Semua yang kita sebut tadi,
Yang bersifat lahiriah,
Tidak ada yang indah,
Belum kita sebut yang bersifat
Maknawi dan rohani,
Lagi parah,
Menjadi manusia bergaduh dan berpecah belah,
Lidahnya memfitnah, mengumpat dan pemarah,
Lahir daripadanya sebab manusia berbalah,
Hatinya hasad dan dengki sesama manusia,
Berdendam sesama,
Akhirnya sebagai kemuncak peperangan dan berbunuh-bunuhan
Sesama manusia,
Maka tergugatlah keamanan
Di kalangan kehidupan manusia,
Jadi fahamlah kita,
Kalau manusia itu tidak ada agama
Yang lahir daripada manusia itu perkara yang negatif sahaja,
Yang positifnya sedikit sahaja,
Jadi kalau manusia itu tidak beragama,
Di dunia lagi Neraka,
Sebelum Neraka yang hakiki,
Di Akhirat sana.
[Continue reading...]

Manusia yang cerdik

Manusia yang cerdik menjadikan keluarganya
Terutama anak-anaknya aset masa depannya
Iaitu selepas matinya,
Bagaimana seorang yang cerdik
Yang menyimpan aset masa depannya?
Iaitu selepas matinya?
Mari kita dengar Nabi bersabda,
Untuk perhatian kita bersama:
?œSetiap anak Adam terputus amalannya
Melainkan tiga perkara iaitu
Yang pertama: Amal jariahnya,
Yang kedua: Ilmu yang dapat dimanafaatkan oleh manusia,
Yang ketiga: Anak yang soleh yang mendoakannya??

Yang dimaksudkan amal jariah: harta yang kekal selepas
Matinya diwakafkan kepada Umat Islam untuk Islam,
Yang dimaksudkan ilmu yang mendapat manafaat untuk hidupnya, Seseorang itu memberi ilmu kepada orang lain,
Selagi orang itu mengamalkannya,
Setiap amalan orang itu, dia mendapat pahala,
Sekalipun selepas matinya,
Yang dimaksudkan anak yang soleh yang mendoakannya
Kerana hasil didikannya,
Setiap yang diamalkan oleh anaknya
Atau anaknya mendoakannya
Dia mendapat pahala,
Itulah dia aset selepas mati
Yang ditunjuk oleh nabi kepada Umatnya,
Kalau begitu simpanlah aset
Tiga perkara yang diperkata,
Aset itu menyelamatkan kita diakhirat sana,
Keluarga kita tidak akan bergaduh
Kerana tiga perkara tadi,
Eloklah ambil peringatan pesanan Nabi.
[Continue reading...]