Silap Menilai Gejala Masyarakat

Sungguh sedih di kalangan umat Islam
Menilai gejala masyarakat tidak sama
Menganggap maksiat tidak sepakat
Menilai kemungkaran tidak sama
Gejala maksiat, kemungkaran dinilai secara akal bukan mengikut Tuhan dan wahyu
Mana yang merugikan negara dan bangsa itu dianggap kemungkaran dan maksiat
Kalau tidak merugikan bangsa dan negara tidak dianggap kemungkaran dan maksiat
Sebab itu gejala maksiat dan kemungkaran yang bising-bisingkan itu adalah dadah, vandalism, rompak, rokok, budaya lepak, rasuah, buli, rogol
Tapi tidak sembahyang, dedah aurat, bergaul bebas, sombong, mementingkan diri, tamak haloba, lebih-lebih tidak takutkan dan cintakan Tuhan tidak dianggap maksiat dan gejala
Padahal gejala yang disebutkan tadi berpunca daripada tidak takut
dan tidak cintakan Tuhan
Sebab itu menangani gejala bertambah gejala dan bahaya kerana Tuhan tidak ikut serta
Tuhan membiarkan kita kerana gejala itu kita pilih-pilih saja
Yang tidak merugikan negara kita anggap bukan gejala dan maksiat
Maka Tuhan murka
Bertambah lagi bala
Sebelum di Akhirat sana
Padahal gejala maksiat, kemungkaran adalah nilaian Tuhan bukan nilaian manusia
Itulah bila otak menjadi tuhan bukan Allah menjadi Tuhan
Tuhan turunkan bala merata-rata
Gejala itu balalah namanya
Kerana telah mentuhankan otak bukan Allah sebagai Tuhan
Kerana hakikatnya kita umat Islam tidak sedari bersama
Maka Tuhan pun akan murka
Hingga dunia jadi neraka sebelum Neraka di Akhirat sana

 
[Continue reading...]