Perkara Yang Penting dilupakan

Akhirat destinasi yang akhir buat manusia
Tapi malangnya dia telah dilupakan oleh manusia
Persediaan untuk ke sana diabaikan
Tempat persinggahan sementara ke Akhirat ialah kubur atau Alam Barzakh
Border di antara dunia dan Akhirat
Di sana ada peperiksaan, juga telah dilupakan dan dilalaikan orang
Iman dan amal soleh penyelamat manusia di Akhirat sana
Namun ia dicuaikan
Dosa dan derhaka pemusnah kehidupan mereka di Darul Qurar itu
Tapi itulah yang diusahakan dan diperjuangkan
Dunia negara fana yang ditinggalkan
Tapi ia dipandang besar dan diambil berat serta berpenat-penat
Menompok-nompok harta yang akan binasa
Akhirat terus dilupakan
Bila dingatkan hati mereka sakit
Dimusuhi dan dianggap pengacau masyarakat
Dituduh penjahat-penjahat
Begitulah majoriti manusia di dunia
Dunia yang akan ditinggalkan
Menjadi idaman dan buruan
Akhirat tempat tinggal yang kekal abadi dilupakan
[Continue reading...]

Bahayanya Tidak Rasa Diri Berdosa


Adakalanya seseorang itu tidak membuat dosa, boleh merosakkannya
Kerana dia terasa suci dan bersih dari dosa
Takutnya kepada Tuhan pun hilang, maka rasa kehambaannya hilang pula
Bahaya bagi seseorang hamba yang sudah hilang rasa kehambaannya
Adakalanya seseorang itu ada sedikit cacat celanya untuk menyelamatkannya
Di waktu dia tercacat, dia merasakan sangat berdosa
Jiwanya pun menderita, maka itulah yang Tuhan suka
Di situ ada rahsia dia dapat kekalkan sifat hambanya
Itulah yang Tuhan mahu dan suka
Di sini barulah kita faham, orang yang tidak membuat dosa pun kenalah rasa berdosa
Kerana merasa berdosa itu adalah sifat hamba
Rasa kehambaan mestilah dikekalkan setiap masa
Begitulah rahsia Tuhan kepada kita
Ada yang nampaknya positif, dia akan jadi negatif
Ada yang nampaknya negatif tapi dia akan jadi positif
Tapi ini bukan pula dibuat-buat
Biarlah ia terjadi tanpa kehendak kita
Ia adalah rencana dari Tuhan di luar kuasa kita
Bukan rencana dari kita
Rencana dari kita tidak ada hikmahnya
Rencana dari Tuhan ada hikmahnya
Maha Besar Tuhan! Maha Suci Tuhan daripada membuat perkara yang sia-sia



[Continue reading...]