Akibat Manusia Tidak Mengenali Dirinya Sendiri

Manusia ini kalau dari kecil tidak dididik rohaninya
Hanya diberi ilmu syariat-syariat yang lahir-lahir sahaja
Dia akan lebih kenal orang lain dari dirinya
Kejahatan orang lain dia lebih nampak dari kejahatan dirinya sendiri
Orang lain sombong atau ego dia nampak,
pada masa yang sama ego dirinya lebih besar dari orang itu dia tidak terasa
Di waktu dia susah, orang tidak membantunya dia terasa
padahal dia sendiri tidak pernah membantu orang, dia tidak terasa satu kesalahan
Orang mementingkan diri dia tersinggung,
dia mementingkan diri, dia tidak sedar yang sudah jadi budaya
Orang lain bakhil, dia nampak  tidak patut,
dia sendiri bakhil seolah-olah tidak mengapa
Orang tidak sabar, dia nampak sangat,
dia tidak sabar payah dia hendak memahaminya
Begitulah manusia jika tersalah didik dari kecilnya
Soal-soal roh atau hati, yang ada hubungan dengan mahmudah dan mazmumah,
tidak pernah dia kenal
Kalaupun dia diajar tentang Islam
hanya banyak menekankan syariat lahir semata-mata
Akibatnya dia tidak kenal diri-sendiri
Tidak kenal diri sendiri ertinya tidak boleh nilai diri
Tidak boleh nilai diri sendiri, kejahatan orang lainlah yang dia nampak
Kejahatan diri sendiri dia tidak nampak
Kejahatan diri sendiri dia tidak sedari
Oleh itu orang ini selalu sahaja menuding jari kepada orang lain
Dirinya terkecuali daripada kesalahan
Ramai manusia di dunia hari ini bersikap begini.
[Continue reading...]

Pahala Pahala Percuma

Pahala2 percuma dari Tuhan utk seseorg
yang bukan amalannya atau bukan amalan lahirnya,
Bukan pahala hasil usahanya,
Niat yang baik tetapi dia tidak dapat berbuat diberi pahala ,
Seperti penderitaan, kesusahan, kesakitan yang ditimpakan kepadanya sabar dia menerimanya,
Niat jahat tetapi tidak jadi hendak buat pun dapat pahala,
Orang mencacinya, memfitnahnya, menghinanya, hasad dengki dengannya, dia tidak membalasnya bahkan mendoakannya,
Kehendak-kehendaknya yang tidak tercapai, kadar yang dia mahu tidak sampai, dia redha menerimanya,
Ilmu yang diajarkan kemudian orang yang mendengar itu mengamalkan, pahala baginya yang mengajar ,
Kebaikan yang seseorang itu lakukan,kemudian diikut orang
dianggap macam dia melaksanakannya,
Anak yang soleh hasil didikan ibu bapanya
setiap apa yang diamalkan oleh anak-anaknya dia dapat pahalanya,
Fakir, miskin ada yang diinginkan kerana susahnya tidak dapat dia hasilkan pahala baginya,
Bahkan setiap apa sahaja yang dia inginkan tidak mampu mendapatkannya ,
Tuhan beri pahala,
Ada godaan-godaan dunia yang haram mempengaruhinya kerana demi Tuhannya dia jauhi pahala pula baginya,
Doa yang tidak dikabulkan di dunia pahalanya diberi di Syurga,
Rasa kehambaan seseorang hamba, malunya kepada Tuhan,
Rasa bertuhan semuanya pahala, ia bukan perbuatan,
Rasa takut, cinta kepada Tuhan yang mempengaruhi hatinya juga pahala yang juga bukan bentuk amalan,
Lihat orang susah rasa kasihan, rnelihat orang derita dia rasa derita,
Melihat orang senang atau mendapati kejayaan dia turut gembira juga pahala,
Itulah dia sebahagian pahala percuma yang didapati oleh orang bertaqwa
yang bukan hasil perbuatan pahala-pahala percuma itu adakalanya
lebih banyak daripada pahala yang dibuatnya,
Begitulah rahmat Tuhan kepada orang yang bertaqwa.

[Continue reading...]

Fikiran diganggu oleh dosa

Hatiku tidak susah di waktu aku dihina
Aku tidak bersedih di waktu aku menderita
Aku tidak sedih di waktu aku disisih
Jiwaku tidak menderita ketika aku ditohmah dan difitnah
Aku tahu itu semua pembersihan dosa
Tapi aku sedihkan dosa-dosaku yang kulakukan
Orang yang macamku ini sudah pasti tidak terlepas daripadanya
Yang aku sedihkan kesalahan dan kesilapanku
Bahkan dosa-dosaku itu setiap hari memburuku
Aku takut pintu Syurga tertutup bagiku
Pintu Neraka terbuka untuk aku
Aduh! Tuhan, tidak ada erti kekayaan, kesenangan
Kalau dosa tidak diampunkan
Itulah yang mengganggu aku selalu wahai Tuhan
Jiwaku tidak tenang dibuat oleh dosa
Dosa-dosa itulah yang mengganggu fikiranku
Tuhan, maafkan aku!
Tuhan, ampunkan aku!
Kalaupun bukan dengan rahmat-Mu, tapi dengan kemaafan-Mu
[Continue reading...]

Diburu sindrom dosa

Aku sedih kerana aku di dalam sindrom diburu dosa
Bangun-bangun tidur sahaja teringat dosa
Di dalam bilik air terasa berdosa
Bahkan lepas ibadah sembahyang pun terasa membuat dosa
Membuat dosa di dalam sembahyang
Selepas bercakap terasa membuat dosa, terasa saya mengada-ngada
Apatah lagi apabila membuat dosa, memanglah nyata sekali membuat dosa
lebih-lebih lagi sangat sedihnya
Apabila terkenang di waktu baligh hingga ke hari ini memanglah di dalam dosa
Lagi-lagilah menghantui fikiran dan perasaanku hingga ke tua
Kadang-kadang sering terasa sudah terjebak dengan syirik
Syirik yang sangat aku takuti
Lebih-lebih lagilah susahnya hati ini
Menggelodak tidak menentu
Maka syahadah pun diucap berulang-ulang kali
Begitulah gelombang hatiku setiap hari
Rasa tenang dengan dosa tidak akan berlaku
Dikocak selalu oleh rasa berdosa
Hatiku sangat terganggu, orang lain tidak tahu
Begitulah aku ini sentiasa diburu oleh dosa
[Continue reading...]

Harta yang bersifat maknawi

Engkau buru benda atau harta

Yang bersifat maddi yang tidak ada harganya

Engkau habiskan masa dan tenaga kerananya

Pagi, petang, siang dan malam engkau memikirkannya

Hingga mimpi pun kerana benda yang bersifat material itu

Padahal ia tidak kekal

Engkau abaikan harta yang bersifat maknawi dan rohani

Engkau sanggup miskin dengan harta yang bersifat maknawi dan rohani

Kerana memburu harta yang bersifat maddi

Atau ingin kaya dengan harta yang bersifat maddi

Padahal harta yang bersifat maknawi dan rohani itu kekal abadi

Ia akan dibawa mati untuk faedah di alam Barzakh

Dan seterusnya alam Akhirat

Harta yang bersifat maddi hanya setakat alam syahadah

Masamu habis kerana mengejar sesuatu yang mudah

Sepanjang umurmu memburu benda-benda yang tidak bernilai Akhirat

Benda yang bersifat maddi adalah harta benda dunia yang binasa

Dunia yang binasa, apabila mati ia tidak berguna lagi

Yang berguna selepas mati, engkau tidak mencarinya

Yang akan membela engkau di Akhirat kelak, engkau tidak bawa

Sedangkan di Akhirat adalah negara yang kekal abadi

Di dunia yang sementara waktu pun engkau tidak sanggup susah

Apakah engkau sanggup susah di negara yang akan hidup buat selama-lamanya

Kalau harta yang bersifat maknawi dan rohani engkau tidak membawanya

Ertinya engkau akan menjadi papa kedana di Akhirat

Buat sepanjang masa yang tidak berkesudahan
Engkau akan menderita di dalam Neraka sepanjang masa

Mengapa engkau terlalu memikirkan hidup sementara?

Dan engkau melupakan hidup sepanjang masa?!
[Continue reading...]