Pergi ke Makkatul Mukarramah tempat yang bersejarah Manunaikan ibadah kemuncak rukun Islam yang lima Di sana umat Islam menjadi tetamu-tetamu Allah Kenalah menjaga adab-adabnya dengan sempurnanya Menunaikan ibadah di sana jangan gopoh-gapah Tawadhuk dan khusyuk mestilah ada Merempuh-rempuh dan bertolak-tolak sesama manusia jauhkanlah Kerana bukan begitu kita beribadah kepada Allah Jagalah tata-tertib agar mampu menyenangkan orang lain Ia termasuk ibadah yang disebut hablumminannas Kalau ada makhluk yang susah senangkanlah Ia juga termasuk ibadah yang sangat diperintah Tawadhuk dengan Allah serta malu kepada-Nya Ia adalah sifat hamba yang mesti dimuliakan Kerana ibadah itu hendak melahirkan sifat kehambaan Kalau tidak lahir sifat kehambaan daripadanya ia bukanlah ibadah Perhubungan dengan manusia kenalah jaga Hak-hak mereka jangan sampai dicerobohi Berkasar-kasar dan bertengkar-tengkar elakkanlah Kerana kasih sayang di dalam Islam mesti ada dan dijaga
Ramai orang yang beribadah takutkan Tuhan tidak ada di dalam hati Cintakan Tuhan apatah lagi Seolah-olah ibadah itu tidak ada hubungan dengan Tuhan Ibadah sekadarkan hendak pahala dan fadhilat atau takut Neraka Kerana itulah ramai ahli ibadah melanggar syariat Hidupnya tidak berdisiplin, akhlak mereka rosak, mazmumah masih bermaharajalela Oleh itu dipandang oleh orang yang bukan Islam, Islam itu tidak indah Apatah lagi ahli-ahli ibadah itu apabila diuji dengan kesusahan nampak tidak sabarnya Tawakkalnya tidak ada, bakhil, tamak, pemarah, terserlah di dalam kehidupan mereka Kadang-kadang di dalam perbualan nama Tuhan kurang sangat disebut Yang disebut ibadahnya dan kehidupannya Syariat pun disebut sekitar ibadah sahaja Bukan syariat di dalam kehidupan yang lebih global dan menyeluruh Kerana itulah ahli-ahli ibadah orang tidak jatuh hati dengan mereka Ibadah mereka tidak membawa mereka kepada sifat taqwa Golongan ini termasuk orang yang tertipu dengan ibadah mereka