Duit Telah Dijadikan Tuhan

Duit telah menjadi tuhan buatan
Tuhan palsu yang sangat merosakkan insan
Bukan sahaja pekerjaan dunia memerlukan duit, pekerjaan Akhirat pun duit diperlukan
Sudah banyak pekerjaan Akhirat tempat cari makan
Gelanggang ibadah sudah menjadi gelanggang mengambil upah
Mengajar muqaddam dan Al Quran telah jadi gelanggang mencari makan dan wang
Sebelum pengajian dimulakan berlaku tawar-menawar lebih dahulu
untuk menetapkan berapa bayaran
Berdakwah dan membuat syarahan, pendakwah tidak akan memberi syarahan
kalau tanpa bayaran yang ditetapkan
Mengaji agama atau kelas agama juga dikena bayaran setiap orang yang mengikut pengajiannya
Tidak akan ada yang mahu mengajar tanpa dibayar upah zaman sekarang
Sekalipun orang itu sudah ada gaji yang lumayan atau banyak wang
Begitulah hidup di akhir zaman duit menjadi utama bukan Tuhan
Tidak seperti di zaman saya masih kanak-kanak mengaji muqaddam
dan Al Quran tidak dikenakan bayaran
Bahkan mengaji kitab di rumah tuk guru untuk menambah ilmu tidak pernah ada bayaran
Bahkan adakalanya atau mak guru kami yang mengaji diberi makan
Kami yang mengaji guru kami buat kami macam anak kandungnya
Dirotan, dia beri makan, dia nak marah, dia bagi kasih sayang macam emak kandung
Depan orang tua kita dia hendak marah, dia rotan, dia hendak suruh
atau hendak buat arahan
Orang tua kita rasa bangga pula melihat pak guru atau mak guru merotan
Kerana itulah saya dengan guru sampai sekarang di dalam ingatan,
payah hendak melupakan
Begitulah guru saya dahulu gelanggang Akhirat dia tidak jadikan tempat cari makan, bahkan dia beri makan
Sungguh jauh keikhlasan guru dahulu dengan guru sekarang
setelah duit menjadi Tuhan buatan

Create your own banner at mybannermaker.com!
[Continue reading...]

JasaMu Tuhan

Tuhan! Ibu bapakulah yang menyebabkan aku lahir ke dunia
Engkaulah yang mentakdirkan dan mengkehendaki kelahiranku
Engkau adalah Maha Berjasa pada ibu bapaku dan aku
Lahirnya ibu bapaku juga ada jasanya padaku dengan kehendak-Mu
Tentulah ibu bapaku bersusah payah membesarkanku
Mengurus, menjaga dan memberikanku makan dan minum padaku
Hakikatnya Engkaulah yang sebenarnya mengurusku dan menjagaku
Engkau gunakan ibu dan bapaku  menggantimu mengurusku
Terima kasih Tuhan Engkau hidupkan aku
Terima kasih bapa dan ibu kerana menjagaku dengan izin Tuhanku
Ampunkanlah dosa ibu bapaku wahai Tuhanku
Berilah mereka pahala, maafkannya dan rahmatilah mereka
Tuhan setiap kebaikanku berilah pahalanya kepada ibu bapaku
Kerana jasa mereka yang banyak terhadap diriku
Diberinya aku makan, pakaian dan ilmu serta mengenal-Mu
Ini adalah juga rahmat dan nikmat yang besar dari-Mu
Terima kasih Tuhan Engkau jadikan ibu bapaku bertanggungjawab terhadapku
Kalau tidak begitu sungguh malanglah hidupku
Terima kasih Tuhan, terima kasih wahai ibu bapaku
Cucurilah rahmat dan ampunkanlah dosa-dosa ibu bapaku
[Continue reading...]