Alangkah Susahnya Menjaga Perjalanan Hati

 

Sungguh susah menjaga perjalanan hati atau roh

Susah dikesan, apatah lagi amat susah dikontrol atau dikendalikan

Kecuali ashabul qulub atau ulil albab

Adakalanya di waktu kita menceritakan penyakit hati kepada pendengar,

di waktu itulah suburnya penyakit itu

Sebagai contoh di ketika seseorang menceritakan tentang ikhlas, di waktu itulah tidak ikhlas kerana hatinya berkata di waktu itu agar orang anggap dia ikhlas

Ketika dia menceritakan jangan riyak, jangan �ujub, ia adalah dosa batin

di waktu itulah riyak dan �ujub

Seterusnya selalu kita berkata jangan cintakan dunia, di waktu bercakap itulah

dia cinta dunia, kerana dia mengharapkan pujian di waktu itu

Memang ramai orang amat sulit sekali mengesan penyakit hati

Kadang-kadang para ulamak, abid-abid ramai yang diserang penyakit batin ini

Ulamak tertipu oleh kerana dilindungi oleh ilmunya

Ahli-ahli ibadah ditutup oleh banyak ibadah hingga penyakit batin tidak terasa lagi

Aduh sungguh susah sekali hendak mengesan penyakit hati atau penyakit batin ini

Tidak ada orang yang tidak diserangnya sekalipun para pejuang

Kecuali siapa yang Tuhan selamatkan, maka selamatlah dia

Tuhan kami berlindung dengan Engkau daripada penyakit-penyakit rohaniah

Fahamkanlah kami perjalanan hati atau roh itu

Lihatkanlah kepada kami baik buruknya

Diajarkan kami bagaimana menyuburkan yang baiknya

dan ajarkan kami bagaimana membuang yang buruknya

Tolonglah kami Tuhan, kerana hati itulah yang menjadi pandangan Engkau

atau penilaian Engkau

Jadikanlah kami ashabul qulub atau ulil albab


[Continue reading...]