Baik Buruknya Manusia

 
Kalau seseorang itu sedih dengan kesusahan yang menimpa orang lain
Orang yang miskin tergerak hatinya hendak membantu
Mudah kasihan dengan penderitaan orang
Orang yang membencinya sedih hatinya
Tidak suka menyusahkan orang lain
Mendapat kesenangan berbunga hatinya
Mendapat kesusahan derita jiwanya
Itulah manusia yang masih bersifat manusia semulajadinya
Atau kemanusiaan masih lagi wujud di dalam dirinya sebagai insan
Manusia yang berperikemanusiaan sahaja tidak mampu berhadapan dengan ujian
Kerana kekuatannya hanya bertunjang pada fitrah semulajadinya sahaja
Tidak bertunjang di atas keimanan atau berpaksikan tauhid
Kalau seseorang itu fikirkan makan minum sahaja di dalam kehidupannya
Hobinya perempuan, tidur-tidur sahaja kesukaannya, nafsunya hanya untuk makan, minum, perempuan dan hiburan tidak kira halal haram
Tamak menjadi budaya hidupnya
Sangat mementingkan diri sendiri di dalam masyarakatnya
Itulah orang yang rupanya manusia hakikatnya haiwan
Jika seseorang itu sentiasa menakutkan orang,
Selalu sahaja dirisaukan oleh dunianya dan masa hadapannya
Mudah bergaduh dan berkelahi dengan orang
Hasad dengki menjadi pakaian, sombong adalah tabiat dirinya
Suka mengadu domba sesama insan
Memecahbelahkan di antara dua orang atau dua kumpulan
Khianat, fitnah budaya hidupnya
Suka mendorong orang lain membuat kejahatan
Inilah orang yang mukanya manusia tabiatnya syaitan
Kalau seseorang itu sentiasa takut atau cinta dengan Tuhan
Redha dengan apa yang ditakdirkan, sabar dengan penderitaan
Bersih daripada sifat-sifat mazmumah
Kurang memikirkan makan minum
Tidur sekadar perlunya
Berkasih sayang sesama insan kerana Tuhan
Kejahatan orang terhadapnya dia tidak membalasnya
Di dalam memburu dunia tidak terpaut dengan dunia
Sentiasa memuji dan mensucikan Tuhan
Pemarahnya dapat disembunyikan
Selalu memuji Tuhan, berzikir setiap saat,
Hatinya sentiasa terhubung dengan Tuhan
Bahkan sentiasa takut dan kecut perutnya dengan Tuhannya
Itulah manusia yang mendekati sifat malaikat ar rahman.
[Continue reading...]