Apabila ada kepentingan diri

Share it Please
Kepentingan dirilah membawa orang benci
Kepentingan dirilah menjadikan orang habis lari
Penyakit mementingkan dirilah menjadikan berkawan tidak dari hati
Berkawan ada tujuan peribadi
Apabila tujuan tidak sampai lari membawa  diri
Berkawan orang yang ada kepentingan diri selalunya tidak kekal
Memikirkan untuk diri sahaja
Kawan tidak dipeduli, perikemanusiaan sudah mati
Kepentingan dirilah bangsa tidak boleh bersatu
Kepentingan dirilah musuh boleh membeli seseorang
untuk merosakkan bangsa, negara dan agama
Faham kepentingan dirilah selalu bersengit-sengit hati
Faham kepentingan dirilah selalu sahaja curiga-mencurigai
Orang mementingkan diri susah dapat kawan yang selari dan sejiwa
Bangsa yang mementingkan diri, bangsa yang hakiki jiwa sudah mati
Yang berjalan itu adalah bangkai bernyawa
Bangsa yang tidak akan dapat kekuatan dari ramai bilangannya
Bangsa yang mudah dicatur dan dibeli orang
Asalkan dapat, agama, bangsa dan negara rosak pun tidak apa
Apa fikir agama, bangsa dan negara yang penting aku dan keluarga
Yang penting aku dan keluarga senang hidup, agama, bangsa dan negara apa kira
Orang yang mementingkan diri dia boleh bekerjasama dengan musuhnya
Sekalipun agama, bangsa dan negara rugi apa peduli
Orang yang memntingkan diri berkawan tidak akan setia
Mereka adalah racun kepada agama, bangsa dan negara
Orang yang mementingkan diri sudah hilang wibawa
Orang ramai tidak percaya, kerana tidak boleh dipercaya
Orang ramai sentiasa curiga

No comments:

Post a Comment