Apabila Jiwa Hidup

Share it Please
Apabila jiwa hidup atau jiwa jaga
Apa sahaja yang dilihat, dirasa, didengar, disentuh menambahkan iman
Orang yang jiwanya hidup sangat sensitif dengan Tuhan
Segala apa yang dialami terhubung terus dengan Khaliqul Alam
Tuhan sentiasa mengusik-usik perasaannya
Apatah lagi setiap yang hebat terasa olehnya kehebatan Tuhan
Setiap kebesaran yang dilihat terasa olehnya kebesaran Tuhan
Perjalanan malam dan siang terasa olehnya pentadbiran pencipta alam
Air bah, gunung berapi yang meletup, gempa bumi terasa olehnya kekuasaan dan qudrat Tuhan
Setiap yang berlaku terasa olehnya kehendak Tuhan
Begitulah orang yang jiwanya hidup
Rasa bertuhan sentiasa subur
Buahnya lahirlah rasa kehambaan yang mendalam
Tapi apabila jiwa mati atau jiwa buta, apa yang dilihatnya, didengar, dirasa dan sebarang kejadian tidak terasa apa-apa lagi
Bahkan makin membunuh rasa bertuhan
Rasa bertuhan terus mati
Side effect nya ialah rasa kehambaan hilang
Maka berlakulah satu malapetaka yang besar kepada manusia di dunia
Apabila rasa bertuhan subur tidak ada berlaku berbagai-bagai gejala yang tidak sihat
Penipuan, penzaliman, rasuah, pembohongan, pembunuhan, penzinaan, perogolan, pencerobohan, pecah-belah di kalangan manusia di semua peringkat menjadi-jadi
Akhirnya dunia jadi neraka, yang menderita manusia juga
Maka musnahlah seluruh kehidupan manusia
Segala kesenangan dan kemewahan sudah tidak ada erti apa-apa lagi

No comments:

Post a Comment