Jangan Membuang Masa

Share it Please



Jangan membuang masa sia-sia, tanpa berusaha untuk kehidupan Akhirat atau dunia
Kerja sia-sia itu tidak mesti perkara yang haram sahaja
Masa sangat berharga, apabila berlalu, masa yang berlalu tidak akan tiba
Kalau masa tiba juga, itu adalah masa yang lain pula
Alangkah malangnya masa yang berlalu itu tidak diisi dengan kerja-kerja yang berguna
Padahal di Akhirat kelak di antara yang Tuhan akan tanya adalah masa
yang merupakan umur kita
Di antara masa-masa yang sia-sia asyik tidur-tidur sahaja di waktu bukan masa tidur
Berbual-bual kosong berjam-jam lamanya sekalipun tidak membualkan perkara yang haram di sisi agama
Menung yang lama, bukan memikirkan dosa atau ilmu atau sesuatu yang berguna
Melepak-lepak tidak ada tujuan dan matlamatnya
Berjalan-jalan yang tidak ada tujuan dan matlamat apa-apa
sama ada untuk faedah Akhirat mahupun faedah dunia
Selain itu seperti bermain daun pakau berlama-lama sekalipun bukan berjudi
hanya seronok-seronok aja
Termasuk juga bermain catur yang memakan masa yang tidak memberi faedah apa-apa
Di waktu itu kalau diisi dengan amalan-amalan Akhirat atau usaha-usaha mencari rezeki alangkah baiknya
Termasuk juga kerja sia-sia melihat orang lalu-lalang tanpa tujuan apa-apa
Menghabiskan masa berangan-angan tanpa usaha dan kerja
Angan-angan apa dapat?
Hanya dapat angin dan habuk sahaja
Itulah dia yang dikatakan membuang masa yang sia-sia
Matlamat dan tujuan Akhirat pun tidak, tujuan untuk dunia pun tidak
Hanya membuang-buang masa percuma dengan tidak ada tujuan apa-apa

No comments:

Post a Comment