Apabila Nafsu Menguasai Manusia

Share it Please
Apabila nafsu telah menguasai manusia
Dia pun bermaharajalela memperhambakan manusia setiap masa
Kalau dia hendakkan sesuatu, dia arahlah seseorang itu mendapatkannya
Tidak kira halal atau haram, bahayakah atau tidak bahaya
Jika dapat walaupun banyak, tidak juga puas-puas, tidak rasa cukup
Tamak menyerang diri seseorang, sombong pun menjadi pakaian
Bakhil pun datang, tidak mahu menolong orang, kesenangan untuk diri sendiri
Jika tidak dapat banyak susah hati
Keluh-kesah pun datang, resah gelisah menyerang
Fikiran pun kusut, jiwa derita, marah-marah sahaja
Ketika mendapat banyak lupa diri
Pembaziran berlaku, membuang-buang harta terjadi
Di waktu susah fikiran tidak menentu, hilang pertimbangan, hasad dengki dengan orang yang senang
Apabila senang menghina orang, orang pun membencinya
Apabila senang berfoya-foya dengan perempuan jalang
Menghabiskan masa dengan sia-sia di tempat-tempat maksiat
Apabila mendapat bala melolong, hilang pertimbangan
Jika senang lupa daratan, lupa Tuhan Rabbul'alamin
Pantang dilarang, dinasihat tersinggung
Lantas marah-marah dan menyerang terus berdendam mungkin menyerang
Begitulah jika nafsu telah menguasai seseorang
Peribadi seseorang menjadi sebuah bola di padang
>

No comments:

Post a Comment