Duit Telah Dijadikan Tuhan

Share it Please
Duit telah menjadi tuhan buatan
Tuhan palsu yang sangat merosakkan insan
Bukan sahaja pekerjaan dunia memerlukan duit, pekerjaan Akhirat pun duit diperlukan
Sudah banyak pekerjaan Akhirat tempat cari makan
Gelanggang ibadah sudah menjadi gelanggang mengambil upah
Mengajar muqaddam dan Al Quran telah jadi gelanggang mencari makan dan wang
Sebelum pengajian dimulakan berlaku tawar-menawar lebih dahulu
untuk menetapkan berapa bayaran
Berdakwah dan membuat syarahan, pendakwah tidak akan memberi syarahan
kalau tanpa bayaran yang ditetapkan
Mengaji agama atau kelas agama juga dikena bayaran setiap orang yang mengikut pengajiannya
Tidak akan ada yang mahu mengajar tanpa dibayar upah zaman sekarang
Sekalipun orang itu sudah ada gaji yang lumayan atau banyak wang
Begitulah hidup di akhir zaman duit menjadi utama bukan Tuhan
Tidak seperti di zaman saya masih kanak-kanak mengaji muqaddam
dan Al Quran tidak dikenakan bayaran
Bahkan mengaji kitab di rumah tuk guru untuk menambah ilmu tidak pernah ada bayaran
Bahkan adakalanya atau mak guru kami yang mengaji diberi makan
Kami yang mengaji guru kami buat kami macam anak kandungnya
Dirotan, dia beri makan, dia nak marah, dia bagi kasih sayang macam emak kandung
Depan orang tua kita dia hendak marah, dia rotan, dia hendak suruh
atau hendak buat arahan
Orang tua kita rasa bangga pula melihat pak guru atau mak guru merotan
Kerana itulah saya dengan guru sampai sekarang di dalam ingatan,
payah hendak melupakan
Begitulah guru saya dahulu gelanggang Akhirat dia tidak jadikan tempat cari makan, bahkan dia beri makan
Sungguh jauh keikhlasan guru dahulu dengan guru sekarang
setelah duit menjadi Tuhan buatan

Create your own banner at mybannermaker.com!

No comments:

Post a Comment