Alangkah Sayunya Hatiku

Share it Please
Alangkah sayunya hatiku
Melihatkan bangsaku, kasih sayangnya telah musnah
Perpaduan mereka sudah punah
Politik telah pecah-belahkan umat
Bahkan berlaku di  kalangan keluarga dan sanak saudara tidak bertegur sapa
Ada orang yang cuba menautkan semula kasih sayang yang sudah hilang
Cuba mempersatukan semula perpaduan yang telah renggang,
Caranya bertambah renggang, jauh api dari panggang, kasih sayang bertambah gersang
Tukang usaha wibawanya tidak ada, caranya tidak kena
Kerana itu hasilnya masih terlalu jauh daripada yang diharapkan
Mereka ingin bersatu tapi membawa orang kepada faham politiknya
Mana orang mahu
Ada usaha malangnya hanya menggunakan akal semata-mata
Tuhan tidak dibawa bersama
Tuhan tidak diambil kira
Seolah-olah Tuhan tidak ada peranan di dalam kehidupan ini
Padahal anak kuncinya kasih sayang dan perpaduan adalah cintakan Tuhan
Cintakan Tuhan berlakulah kasih sayang sesama manusia
Tuhan datangkanlah penyelamat dengan segera
Agar dia boleh mempersatukan semula bangsa dan manusia
Semoga hidup berkasih sayang, bahagia, harmoni berbunga semula

No comments:

Post a Comment