Akibat Tiada Tuhan Di Hati

Share it Please

Tuhan ! Watak akhir zaman sungguh mengerikan
Si kaya mati kekenyangan, si miskin mati kelaparan
Hubungan si kaya dan si miskin terlalu jurang
Tautan hati kedua golongan sudah terlalu renggang
Si kaya dengan kesenangan dan kemewahan
Si miskin dengan kesusahan dan penderitaan
Si kaya hati budinya sudah gersang
Tidak terlintas langsung hendak membantu orang yang malang
Si kaya memandang si miskin tidak terasa apa-apa
Tidak ada perasaan langsung dengan penderitaan orang
Seolah-olah si miskin binatang terbuang
Engkau tidak makan, tidak berpakaian, peduli apa dengan engkau
Aku kaya kerana usaha-usaha aku
Engkau miskin sudah nasib engkau
Mengapa aku mesti membela engkau
Kalau aku menjadi engkau, engkau pun tidak membela aku
Tuhan! Begitulah hati perut orang kaya akhir zaman
Akibat orang kaya sudah kehilangan Engkau
Rasa berTuhan sudah tidak ada pada si kaya
Kerana itulah kasihan dengan fakir miskin sudah tidak ada

No comments:

Post a Comment