Kekasih Pilihan Tuhan

Share it Please
Jika kita membaca sejarah orang yang bakal menjadi kekasih-kekasih dan pilihan Tuhan sungguh aneh sekali
Dari kecil  lagi mereka disusah-susahkan, miskin dan papa, menderita dan sengsara, dibudayakan kepada mereka
Aduh!   Sungguh menyayat hati, hati kita sungguh turut tersayat dibuatnya
Aku ambil satu contoh kekasih agung Tuhan, iaitu Muhammad, sebagai Nabi dan Rasul SAW buat akhir zaman
Aduh sedihnya, lahir sahaja bapanya tempat bermanja sudah tiada, mati sebelum lahirnya
Lahirnya walaupun masih ada ibu tempat bermanja, tapi dari kecil lagi dipisahkan pula dari ibunya, kerana diberi kepada ibu angkatnya, Halimatus Saadiah namanya
Tidak sempat bermanja dengan ibunya, bahkan belum pun sempat kenal ibunya, dipisahkan pula, aduh hibanya hati kita?!
Ibu angkatnyalah yang memelihara di dalam keadaan miskin pula, empat tahun lamanya
Hati kita ikut terasa  luka dibuatnya?!
Nabi merasa ibu angkatnya itulah ibu kandungnya
Aduh! Baru sedang asyik-asyik bermanja, di dalam belaian ibu angkatnya, memang ibu angkatnya terlalu sayang kepadanya, dipisahkan pula
Sedang berkasih sayang, di antara anak dan ibu angkatnya, ibu kandungnya mengambilnya pula
Sudah tentu sekali sama ada Halimah mahupun Nabi, macam tercabut nyawanya, kerana terpisah dengan orang kesayangannya
Dua tahun di dalam peliharaan ibunya, belum pun puas bermanja, ibunya mati pula
Aduh seksanya jiwanya kita pun ikut terasa
Yatim piatulah Nabi, tiada beribu dan berbapa di dalam keadaan miskin
dan sengsara pula
Dia diagihkan pula kepada datuknya, Abd Mutalib namanya
Baru dapat bermanja sekitar dua tahun, datuknya pula terpisah dengannya buat selama-lamanya kerana kematiannya
Aduh! Satu demi satu orang kesayangannya diambil oleh Tuhan,
hilang seluruh tempat bermanja dan kasih sayang
Mujurlah ada bapa saudaranya Abu Talib, dia dipelihara oleh Abu Talib, adik-beradik bapanya, yang sangat miskin pula kehidupannya, anaknya ramai pula
Bapa saudaranya sangat sayang kepadanya, lebih-lebih lagi dia anak yatim piatu,
Kerana kesempitan hidup, untuk kehidupan dia mengambil upah menjaga kambing-kambing orang di Mekah di dalam suasana kepanasan di musim panas
Di waktu-waktu tertentu mengambil upah dari hasil berdagang,
dari perniagaan seorang janda kaya di Mekah, Khadijah namanya
Berdagang itu bukan pula di Mekah, tapi di Syam yang sangat jauhnya
Aduh! Tempat bermanja sudah tidak ada, susah pula, penat lelah tidak terkira,
berdagang, mengambil upah pula
Di waktu kecilnya kurang sangat berkawan dengan kanak-kanak sebayanya
Dia suka hidup bersendirian, berfikir dan merenung tentang nasib bangsanya
Selalu sahaja dia mendongak ke langit di waktu kesepian dan kedinginan malam
Seolah-olah menunggu bantuan Tuhan, inginkan penyelamat, untuk bangsanya
yang hidup tidak ada tujuan dan di dalam keadaan tidak keruan
Dia dari kecil lagi, fikirannya dan hatinya sudah dewasa,
sudah memikirkan nasib bangsanya
Tidak seperti kanak-kanak yang lain hanya memikirkan makan minum, pakaian,
bermain-main dan bergurau senda
Begitulah seorang kekasih Tuhan, Muhammad namanya, Abdullah bapanya,
Aminah ibunya, Halimah ibu angkatnya Rasul akhir zaman
Demikianlah didikan Tuhan kepada kekasih-Nya, orang pilihan-Nya
pemimpin yang dijanjikan
Dididik dengan kesusahan, kemiskinan, penderitaan dibudayakan kepada mereka semenjak kecilnya
Apakah rahsia Tuhan melakukan kesusahan kepada mereka semenjak kecilnya?
Sedangkan mereka adalah kekasih Tuhan, apakah hikmah di sebaliknya?
Apakah didikan yang tersirat di dalamnya?
Rahsia yang dapat kita baca, Tuhan mahu mereka tidak terpesona dengan dunia
dan kemewahannya sejak  kecilnya
Kalau dunia dan kemewahannya sudah menjadi kecintaan,
itulah sandarannya bukan kepada Tuhan
Hikmah yang lain kerana Tuhan hendak meningikan darjat mereka di Syurga
Rahsia yang lain Tuhan hendak mendidik kekasih-kekasih-Nya
membesarkan Akhirat dari dunia
Oleh itu bagaimana nanti mereka mengajak manusia kepada Tuhan,
sedangkan mereka masih ada sedikit bersandar dengan dunia,
padahal mereka orang Tuhan
Ada hikmah lain, agar kekasih Tuhan itu faham erti penderitaan, semoga mereka dapat menjadi pembela dan penyelamat kepada manusia
Di waktu-waktu mereka senang, habis hartanya untuk membela orang yang susah
Jika kita mahu menjadi orang Tuhan dan kekasih-Nya kenalah sanggup susah
dan menderita
Di waktu-waktu senang dan kaya korbankanlah untuk orang yang menderita

No comments:

Post a Comment