Manusia Tidak Kenal Tuhan

Share it Please
Apabila manusia sudah terlalu jahat, kerana tidak kenal atau tidak percaya Tuhan
atau tidak takutkan Tuhan atau tidak cintakan Tuhan
Berlakulah berbagai-bagai bentuk jenayah dan kejahatan di dalam kehidupan
Seribu satu macam kejahatan manusia lakukan
Hingga hilang keamanan dan keselamatan, manusia sentiasa takut dan bimbang
Di waktu itu undang-undang demi undang-undang, hukuman demi hukuman
tidak akan mampu menahannya
Manusia kalau sudah tidak takut Tuhan, jel dan hukuman bunuh tidak menakutkan
Kerana mereka menyangka mati selesai masalah
Yang bermasalah di waktu hidup, senang pun di sini, susah pun di sini (dunia)
Untuk mendapat kesenangan dan keuntungan, kita buatlah apa sahaja, nasib baik berjaya
Hati kecil mereka berkata, �Kalau kerana itu, dihukum mati, tidak mengapalah,
selesailah masalah
Apalah ertinya hidup kalau sengsara dan menderita, orang kaya bukan peduli kita
Kalau di dunia tidak dapat kesenangan dan kebahagiaan, di Akhirat mati jadi tanah
habis cerita�
Kalau manusia sudah ramai berfaham macam ini maka undang-undang dan hukuman tidak ada erti apa-apa
Ertinya kenalah kembali promosi Tuhan
Kenalkan Tuhan, hingga Dia ditakuti dan dicintai
Kembali kenalkan manusia hidup yang kedua yang kekal abadi iaitu Akhirat
Di sana nikmat pun hebat dan penderitaannya pun amat dahsyat
Setelah manusia kenal Tuhan, cinta dan takut
Setelah manusia mengutamakan hidup Akhirat
Setelah mereka yakin bahawa kejahatan yang dibuat di dunia akan dibalas di Akhirat kekal abadi seksanya tidak terperi
Maka manusia pun takut hendak membuat salah dan maksiat, kecuali sedikit sekali
Ini bukan satu yang dongengan, ia telah berlaku di dalam sejarah selama 300 tahun
yang dikatakan zaman salafussoleh
Zaman selepas salafussoleh itulah yang kita hendak ulangi,
berdasarkan kaedah yang sama
Cintakan Tuhan, takutkan Tuhan, cintakan hidup di Akhirat
Nanti hasilnya sama, kerana kaedahnya sama
Secara umum manusia akan menjadi baik, seperti di zaman salafussoleh yang silam
Wahai para pemimpin, para ulama, cerdik pandai hendaklah faham tentang ini!

No comments:

Post a Comment