Apakah Ada Kuasa Pada Dirimu?

Share it Please

Mengapalah manusia ini merasa ada kuasa, benarkah?
Betapa pula yang ada kuasa negara atau yang kaya atau ada ilmu
hati berbunga sahaja, rasa bangga ada kuasa, betulkah?
Katanya otak bergeliga mengapalah tidak menggunakan fikiran menilai diri
betulkah ada kuasa?
Mari kita tanya betulkah awak ada kuasa hingga sombong dan bangga?
Kalau awak ada kuasa cuba kontrol perkara yang kecil sahaja di dalam diri mampukah?
Contohnya mata
Mampukah awak kontrol mata jangan berkedip?
Atau cuba awak kurangkan sahaja berkedipnya mampukah melakukannya?
Belum lagi disuruh mengira berapa banyak mata berkedip satu hari satu malam mampukah mengiranya?
Kulit mata yang ringan itu di dalam diri pula, kecil sahaja tidak mampu kita mengontrolnya bukan?
Kalau benda yang kecil sahaja di dalam diri pun tidak boleh kontrol betapa pulalah perkara yang besar lagilah susahnya
Ha! Mana ada kuasa manusia di dalam diri sendiri pun tidak ada kuasa mengontrolnya
Tidak nampak lagikah lemahnya manusia?
Kuasa siapa yang menggerakkan mata tanpa boleh kita kontrol?
Kita mahu atau tidak ia bergerak, ia tetap bergerak
Itulah dia kuasa Tuhan yang Maha Kuasa
Perkara yang kecil sahaja kita cuba sekat kuasa Tuhan tidak mampu menyekatnya
Kuasa Tuhan tetap berlaku, siapakah Tuhan itu?!
Aduh! Lemahnya kita manusia!
Mana ada kuasa manusia perkara yang kecil  di dalam diri sahaja pun tidak mampu mentadbirnya
Betapa pulalah perkara yang besar
Tapi mengapa sombongnya manusia rasa ada kuasa
Mengapa manusia tidak terasa adanya kuasa yang Maha Berkuasa
iaitu Tuhan yang Maha Esa?
Mengapa manusia tidak takut dengan Tuhan yang Maha Berkuasa?
Mengapa manusia tidak terasa Maha Hebatnya Tuhan yang Esa?
Sepatutnya Tuhan  sentiasa di dalam hati manusia
Rasa cinta dan tersungkur sujud di hadapan-Nya
Patut manusia rasa malu, takut, cinta, harap, perlu
dan terasa Tuhan adalah segala-galanya
Sepatutnya manusia terasa amat kerdil di hadapan-Nya
Rasa tidak selamat kalau Tuhan tidak selamatkannya
Begitulah manusia mudah sahaja lupa dengan Tuhannya
Padahal kuasa Tuhan begitu terserlah dan sangat nyata di hadapan mata manusia

No comments:

Post a Comment