Nama-nama Tuhan yang utama ada 99 banyaknya
Tapi Allah memerintahkan setiap perbuatan yang baik atau mulia
yang hendak dibuat, hendaklah menyebut namanya
Iaitu dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ini memberi erti, Tuhan hendak memberi tahu hamba-hamba-Nya bahawa pengasih dan penyayang Tuhan mengatasi Jabbar, Qahhar, Ghodob dan lain-lain
Ia memberitahu bahawa kalau kita meneliti kehidupan kita banyak berhubungkait dengan kasih sayang-Nya
Ia Tuhan mengajar kita agar kita cinta kepada-Nya
Supaya kita bermesra dengan-Nya
Kita senang dengan-Nya, bahagia bersama-Nya
Kita jadikan dia kawan yang Maha Tinggi lagi simpati
Kawan yang setia, Pengasih, menjaga dan mengawal keselamatan kita
Kita bawa Dia ke mana-mana di dalam kehidupan kita
Apabila perasaan itu sebati di dalam jiwa kita
Maka terhubung pula kasih sayang kita sesama makhluk-Nya
Kalau Tuhan mencintai kita, kita kenalah mencintai hamba-hamba-Nya pula
Jika kita dicintai kenalah kita mencintai
Cinta kita kepada Tuhan itu boleh mendorong kita mencintai makhluk-Nya
Itulah rahsianya mengapa Tuhan menyuruh kita menyebut nama-Nya yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Tapi kita menyebutnya tidak dari perasaan
Hanya kita menyebut dengan lidah sahaja
Kita menyebut tidak dari hati dan jiwa
Kerana itulah kita dengan Tuhan tidak cinta sesama makhluk pun kita tidak cinta
Kalau dengan Tuhan tidak cinta dengan makhluk Tuhan tidak cinta
Mana hendak terjalin perpaduan
Kerana perpaduan itu adalah ikatan jiwa berpunca dari kasih sayang
Ia bukan ikatan fizikal atau jasad lahir
Di sinilah salahnya pemimpin-pemimpin kita
Mengajak orang bersatu tapi tidak mengikat jiwanya
Ajak orang bersatu, dengan Tuhan tidak cinta dengan makhluk Tuhan pun tidak cinta
Saranan itu hanya sia-sia sahaja
No comments:
Post a Comment