Bagaimana Manfaatkan Dunia

Share it Please
Hakikatnya dunia ini adalah kotor
Ia adalah ibarat najis dan bangkai
Najis dan bangkai benda yang busuk dan menjijikkan
Kalau orang fahamlah bahawa najis itu adalah najis
Bahawa bangkai itu adalah bangkai, siapa hendak?
Tapi Tuhan telah takdirkan manusia hidup di dunia
Hidup di dunia sementara waktu
Akhirnya ke Akhirat semuanya
Tuhan menyuruh hamba-hamba-Nya
Pandai-pandailah menggunakan najis dan bangkai
Bagaimana menggunakan najis dan bangkai itu?
Kita gunakan najis dan bangkai itu untuk membaja pokok Akhirat
Ertinya kita jadikan dunia itu Akhirat
Maka dia telah bernilai Akhirat, bukan nilai dunia lagi
Kerana itu Rasulullah SAW bersabda:
�Dunia itu adalah tanam-tanaman ke Akhirat.�
Maksudnya dunia yang asalnya bangkai dan najis
Kita jadikan baja untuk tanaman Akhirat
Ertinya bangkai dan najis telah dimanfaatkan
Kalau ia tidak dijadikan baja untuk tanaman Akhirat
Ia tidak jadi Akhirat
Ia tetap jadi dunia semata-mata yang tidak ada harga
Alangkah jeliknya dunia yang tidak jadi Akhirat
Adalah najis dan bangkai
Manusia berebut-rebut hingga bergaduh
Merebut najis dan bangkai
Kerana itulah kitab ada menyatakan:
�Dunia yang tidak jadi Akhirat, ia adalah bangkai,
Yang menuntut bangkai itu adalah anjing.�
Ertinya, manusia yang memburu dunia yang tidak jadi Akhirat
Seperti anjing memburu bangkai

No comments:

Post a Comment