Balik Ke Negara Asal

Share it Please
Kafilah demi kafilah telah balik ke negara asal
Ada yang berombongan ada yang bersendirian
Setiap hari kafilah manusia balik berbondong-bondong
Setelah berdagang dan berkelana di negara fana
Ada yang telah bersedia balik, ada yang tidak
Tapi dipaksa pulang, tempohnya sudah habis
Berbagai-bagai barang dagangan yang dibawa pulang
Dengan harapan senang hidup di negara sendiri
Tapi malang sampai di border telah kena tahan
Kerana di sempadan semua barang digelidah oleh kastam dan imegresen Rabbul Jalil
Ramailah manusia yang tersadai di sempadan
Kerana terbawa barang larangan di negara abadi
Di sana ditengking, diherdik, dipukul dan dibelasah
Justeru membawa bali barang-barang salah
Aduh, ramai manusia tersadai di border
Menyesal tidak sudah membawa barang yang tidak berfaedah
Di waktu berdagang tidak prihatin dengan undang-undang
Selalu sahaja melanggar peraturan negara
Setelah di sempadan baru sedar barang salah
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna lagi

No comments:

Post a Comment