Berilah Aku Kekuatan Di Bulan Ramadhan Ini

Share it Please
Tuhan! Dengan rahmat-Mu berilah aku sedikit kekuatan menghadapi Ramadhan ini
Berilah aku sedikit kesihatan untuk kemampuan berhadapan dengan Ramadhan
Sekira-kira tenagaku cukup buat mengisi Ramadhan
Setidak-tidaknya saya masih mampu mengerjakan ibadah mengikut tradisiku
berhadapan dengan Ramadhan seperti yang sebelumnya
Tuhan! Janganlah kesihatanku mengganggu aku beribadah di bulan Ramadhan
seperti biasa
Ramadhan datang hanya setahun sekali
Kalau peluang beribadah di bulan Ramadhan ini terganggu buatku rugilah aku
Jika panjang umur hendak tunggu pula Ramadhan tahun depan pula
Tuhan! Dengan berkat Rasulullah dan dengan berkat Imamul Mahdi
kabulkanlah permintaanku
Kesihatan badanku sudah terlalu merosot
Kalau Engkau tidak selamatkan aku bagaimanalah aku hendak beribadah dengan baiknya
Ramadhan sungguh mahal Tuhan!
Berilah aku peluang beribadah dengan kesihatan badan
Selamatkanku Tuhan, dengan diberi kekuatan badan untuk menyembah-Mu
Aku minta ampun kepada-Mu Tuhan!
Mungkin merosotnya kesihatanku kerana dosa-dosaku dengan-Mu
Ampunkan aku Tuhan, ampunkan aku
Pulihkan kesihatanku untuk boleh beribadah di bulan Ramadhan ini
Peluang Ramadhan bukan selalu Tuhan!
Janganlah hampakan permintaanku
Ramadhan Tuhan, Ramadhan mahal buatku
Kesihatanku Tuhan, mungkin mengganggu ibadahku di bulan Ramadhan ini
Tolong aku Tuhan, selamatkan aku Tuhan, ibadahku Tuhan!
Ramadhan sudah dekat sihatkan badanku

No comments:

Post a Comment